.... #PRNSarawak: N30 Balai Ringin, Ketua Cawangan PBB Berkempen Untuk Calon Bebas? | AAKJ



Snowdan Lawan
Isu sabotaj seharusnya tidak timbul pada pilihanraya Sarawak kali ini. Ketua Menteri Sarawak sudah menjelaskan perkara ini diawal-awal lagi kerana sabotaj akan melemahkan parti.

Namun hal tersebut didakwa kembali menyelubungi parti komponen Barisan Nasional iaitu Parti Rakyat Sarawak (PRS). 


Balai Ringin sebelum ini dianggap sebagai kawasan putih telah menjadi kelabu apabila didakwa wujudnya unsur sabotaj calon BN.

Unsur sedemikian dikesan lebih awal apabila Ahli Parlimen Sri Aman telah memperkenalkan seorang calon Bebas iaitu Entusa Imam sebagai calon menentang Snowdan Lawan (BN). Pada hakikatnya Ahli Parlimen juga dari parti PRS dan Barisan Nasional.

Ahli Parlimen tersebut Masir Kujat pernah menafikan keterlibatan beliau mengangkat calon Bebas kepada pihak media. Sebelum ini ada sebuah portal mengaitkan beliau memasang calon bebas untuk menentang calon BN.

Namun semalam difahamkan berlaku unsur sabotaj dari dalam apabila Ketua Cawangan PBB Balai Ringin Harisson Lunsa dengan terang berkempen untuk calon bebas Balai Ringin iaitu Entusa Iman di Kampung Mawang.
Persoalannya kini siapa yang menaja calon bebas berkenaan kerana pihak yang sepatutnya menyokong parti kerajaan mula menunjuk sikap sebenar sehinggakan tergamak berkempen membantu kempen calon bebas.

Parti komponen Barisan Nasional harus menyekat pergerakan mereka yang tamak serta ingin meruntuhkan kerajaan sentiasa.

Andai unsur sabotaj ini berterusan dan terbukti betul, Balai Ringin akan menghadapi kesukaran buat BN secara besar serta memusnahkan impian Ketua Menteri untuk menang dengan bergaya.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top