.... #PRNSarawak: Menggerunkan Kiranya DAP Menang | AAKJ



Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem menjangkakan hubungan PKR dan DAP bertambah buruk susulan pertindihan kerusi di enam kawasan dalam pilihan raya negeri itu.
 

Katanya, apa yang berlaku menunjukkan keadaan pembangkang yang kucar-kacir.
"Mereka tidak boleh mendapatkan keputusan bersama. Orang kata kamu tidur bersama-sama, tetapi kamu bermimpi berbeza. Dan saya jangkakan keadaan akan menjadi semakin buruk

“Saya fikir ia menunjukkan ketidakserasian di antara mereka. Dan jika mereka (PKR dan DAP) bertanding (bersama-sama)… keutamaan mereka bukan demi perpaduan (rakyat Sarawak) yang sebenar,” kata Adenan.
Enam kerusi terbabit adalah Batu Kitang, Mulu, Murum, Simanggang, Ngemah dan Mambong.

Namun Adenan berkata pengundi tidak harus memandang rendah cita-cita pembangkang untuk mengambil alih Sarawak.
"Jangan terpedaya dengan ini oleh Lim Kit Siang bercakap tentang mereka semata-mata mahu mengurangkan kami daripada majoriti dua pertiga.

“Jika benar mereka hanya mahu mengurangkan majoriti dua pertiga, kenapa mereka bertanding, begitu banyak kerusi?

"Mengapa mereka bertanding banyak kerusi. Sudah menjadi hasrat mereka untuk membentuk kerajaan, bukan semata-mata untuk mengurangkan (majoriti kami),” katanya.
Adenan berkata, sekiranya usaha DAP yang bertanding di banyak kerusi itu dimenangi oleh mereka, Sarawak akan ditadbir oleh Malaysia Barat.

"Ada yang kemungkinan yang menggerunkan sekiranya kita akan dikawal oleh pihak-pihak yang tidak berasal dari Sarawak," katanya.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top