.... #PRNSarawak: Manifesto BN | AAKJ



Barisan Nasional (BN) Sarawak melancarkan manifesto mengandungi 15 teras pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11 di Jalan Bako di sini, pagi ini. 

Manifesto BN itu dilancarkan Pengerusi BN Sarawak Tan Sri Adenan Satem disediakan dalam tiga bahasa, iaitu Bahasa Malaysia, Inggeris dan Iban. 

Berikut antara 15 inisiatif BN dalam manifesto BN kali ini; 

1. Menegakkan hak Sarawak dan rakyatnya 
2. Mempertahankan keamanan dan keharmonian negeri kita 
3. Memelihara budaya, warisan dan kepercayaan pelbagai kaum di Sarawak 
4. Menjamin hak rakyat ke atas tanah mereka 
5. Melindungi dan memulihara alam semulajadi 
6. Mempertingkatkan kebajikan golongan yang kurang bernasib baik 
7. Menyediakan lebih banyak rumah mampu milik untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana 
8. Mempercepatkan pembangunan jaringan jalan, liputan bekalan air, elektrik dan telekomunikasi 
9. Meningkatkan akses kepada perkhidmatan Kesihatan 
10. Meningkatkan penyertaan wanita dalam aktiviti sosio-ekonomi 
11. Mengiktiraf dan membangunkan potensi belia demi masa depan kita 
12. Memajukan pendidikan dan latihan teknikal 
13. Mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat Sarawak 
14. Membangunkan persekitaran perniagaan yang kondusif untuk pelaburan dan keusahawanan 
15. Industrialisasikan negeri melalui sektor pembuatan, pelancongan dan transformasi luar bandar

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top