.... #PRNSarawak: Krisis PKR-DAP, Zuraida Arah Teruskan, Jangan Undur | AAKJ



Pemimpin-pemimpin kanan PKR mempunyai pendekatan berbeza dalam isu pertindihan kerusi dengan DAP dalam pilihan raya negeri Sarawak.

Bagi Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin, mereka tidak perlu berundur daripada kempen di Batu Kitang dan lima lagi kerusi. Malah, katanya, kedua-dua parti perlu 'gentleman' berkempen.
"Semua kena gentleman. Ini kan pilihan raya. Kalau tak kempen macam mana nak menang. "Kita akan teruskan apa yang kita buat sekarang," kata anggota Parlimen Ampang kepada pemberita di luar ibu pejabat polis daerah (IPD) Petaling Jaya sebentar tadi.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kesediaan DAP ‘berundur’ daripada kempen di Batu Kitang jika PKR melakukan perkara sama di baki lima lagi kerusi yang menyaksikan pertembungan kedua-dua parti itu.

Baca: 

Sebelum ini Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke mengumumkan bahawa parti itu bersedia untuk tidak berkempen di Batu Kitang jika PKR melakukan perkara sama di baki lima lagi kerusi yang menyaksikan pertembungan kedua-dua parti itu pada pilihan raya negeri Sarawak ke-11 ini.

"Calon PKR mesti umumkan secara terbuka bahawa mereka tidak akan berkempen walaupun nama mereka muncul di kertas undi.

"Jika mereka boleh lakukan ini, maka kita akan mengarahkan calon kita di Batu Kitang untuk lakukan perkara sama," katanya pada sidang media di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur.
Malah Ahli Parlimen Tanjong, Ng Wei Aik dalam satu status di laman Facebook milik beliau telah mengeluarkan kenyataan keras berkaitan kes pertindihan kerusi itu.
"Ask PKR go to hell," bermaksud, "Minta PKR pergi ke neraka," tanpa sedikit pun timbul perasaan gerun kehilangan undi dari pro pakatan harapan.
Krisis ini bertambah buruk apabila calon Melayu DAP, Calon DAP DUN Batu Kitang, Abdul Aziz Isa menuduh PKR melanggar perjanjian asal di antara kedua-dua parti tersebut.

Namun PKR juga dilihat mempertahankan bahawa DAP yang menipu dan berbohong dalam pembahagian kerusi DUN antara Pakatan Harapan.

Menurut Ahli Biro Politik PKR, Dr. Mansor Othman berkata, PKR perlu menjelaskan perkara tersebut untuk memastikan kesemua rakan politik Pakatan Harapan berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah.
“Kita mesti perjelas apa yang sebenarnya telah berlaku,” katanya.
Berikut penjelasan panjang lebar beliau bahawa DAP punca berlaku pertindihan calon di enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dalam PRN kali ini: 


1. Isu nota yang ‘ditandatangani’:

Selepas pertemuan bersama Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada 7 April untuk membincangkan isu kerusi, beliau mencadangkan kepada Azmin Ali dan Nurul Izzah Anwar agar sehelai nota yang ditulis tangan mengandungi senarai kerusi ditandatangani, tetapi Azmin dan Nurul Izzah tidak bersetuju dengan perkara ini. Guan Eng terus memujuk mereka untuk berbuat demikian, dan akhirnya hanya Azmin yang bersetuju untuk menandatangani – yakni ‘secara prinsip bersetuju’ – dengan pemahaman bahawa keputusan ini belum lagi muktamad.

Persefahaman di antara Guan Eng, Azmin dan Nurul Izzah mengenai mesyuarat itu ialah ianya bukanlah mesyuarat muktamad kerana perbincangan akan diteruskan walaupun nota tersebut telah ditandatangani, walaupun sekiranya perbincangan berterusan sehingga sebelum hari penamaan calon jika perlu.
 

2. Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan:

Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan telah diadakan pada 11 April. Sebelum mesyuarat tersebut, PKR dan DAP masih gagal mencapai kata putus berkenaan lima kerusi, tetapi bersetuju untuk menyelesaikan isu ini di dalam rundingan pusingan berikutnya dan berusaha ke arah pertandingan satu-lawan-satu dengan BN.

Maka, Majlis Presiden Pakatan Harapan mengumumkan bahawa PKR dan DAP telah bersetuju dengan prinsip pertandingan satu-lawan-satu. Apabila wakil Parti Amanah Negara (PAN) bertanya tentang kerusi-kerusi yang dipersetujui, Guan Eng berkata perkara itu tidak perlu dibentang kerana pihak PKR dan DAP akan menyelesaikan isu tersebut secara terus.

Dengan itu DAP memberi isyarat kesediaan untuk meneruskan perbincangan. PKR dan DAP sepatutnya meneruskan rundingan walaupun selepas 11 April. Perkara 5.5 Persetujuan Pakatan Harapan amatlah jelas, bahawa:

“Sebarang pengumuman muktamad mengenai parti yang bertanding di mana-mana kerusi di mana-mana peringkat hanya dibuat oleh Majlis Presiden dan setiap parti tidak boleh membuat pengumuman bertanding di sesuatu kerusi di mana-mana peringkat tanpa persetujuan Majlis Presiden.”
 

3. Mandat watikah calon-calon:

Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail telah memberikan mandat bertulis kepada Azmin pada 22 April untuk menghormati autonomi negeri dan memberi mandat kepada Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian untuk menyelesaikan kesemua perkara, i.e. rundingan kerusi dan keputusan mengenai calon.

Baru Bian pada 22 April telah mengumumkan hanya 35 kerusi dan bukannya 42 kerana 5 kerusi masih lagi dalam proses rundingan bersama DAP dan 2 lagi masih belum ditentukan calonnya. Ini menunjukkan PKR masih berharap DAP akan meneruskan rundingan untuk mengelak pertandingan tiga penjuru.
 

4. Keputusan mengenai pertandingan tiga penjuru:

Mesyuarat Biro Politik PKR yang lalu telah meletakkan keutamaan kepada proses rundingan kerusi, tetapi parti bersedia untuk pertandingan tiga penjuru sekiranya proses rundingan tersebut gagal.

Azmin terus menghubungi Guan Eng dan mencadangkan penyelesaian pertindihan lima kerusi dengan tiga diserah kepada PKR manakala dua lagi kepada DAP untuk mengelak pertandingan tiga penjuru. Akan tetapi Guan Eng enggan mempertimbangkan sebarang jalan penyelesaian secara baik untuk mengelakkan pertandingan tiga penjuru.





Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top