.... #PRNSarawak: Kemana Arah Sokongan Kaum Cina | AAKJ



Isu politik kini mendominasi perbualan penduduk Bumi Kenyalang, dan ia bukanlah sesuatu yang pelik kerana sekarang adalah musim pilihan raya.

Baca juga: 

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan 7 Mei sebagai hari pengundian PRN Ke-11 yang meperlihatkan 82 kerusi akan dipertandingkan.

Individu yang paling menjadi sebutan pula ialah Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem atau lebih mesra dengan panggilan Tok Nan dalam kalangan penduduk di negeri itu.

“Akhirnya, kita akan mengundi pada 7 Mei. Inilah masanya kita memilih YB, Yang Bekerja,” kata pesara, Then Shiang Qin, 65, kepada rakan-rakannya.

“Betul, saya harap pengundi tidak akan tersalah pilih. Saya sendiri akan pilih Tok Nan sebab dia sudah banyak buat kerja. Sekolah-sekolah Cina juga banyak menerima berjuta-juta peruntukan kerajaan.

“Selain itu, pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) menunjukkan kesungguhan kerajaan negeri meningkatkan taraf hidup masyarakat Cina,” sambut tukang jahit, Jonathan Kiu, 55.

Kata-kata Kiu disambut kerani Kho Ju Boon, 45, yang menegaskan bahawa kesungguhan Adenan menangani pembalakan haram menunjukkan beliau seorang pemimpin yang berani dan sedia membawa pembaharuan.

“Saya suka Adenan kerana beliau mengiktiraf masyarakat Cina. Beliau banyak kali menegaskan bahawa Cina bukan pendatang. Adenan adalah ketua menteri untuk semua (penduduk Sarawak).

“Masyarakat Cina harus memberi Adenan satu peluang seperti dimintanya, lima tahun sudah cukup,” katanya.


Baca seterusnya di SINI 




 

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top