.... #PRNSarawak: Kadar GST Kekal, Pembangkang Berbohong - PM | AAKJ



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengecam pembangkang ekoran khabar angin kerajaan akan menaikkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) jika BN menang pada pilihan raya negeri itu.
 
Baca: 

Menyifatkannya sebagai "propaganda jahat pembangkang", Najib menyeru rakyat Sarawak supaya tidak termakan dengan fitnah mereka yang kehabisan modal politik.

"Beberapa hari ini saya berada di Sarawak untuk berkempen. Saya dengar tersebar khabar angin bahawa kerajaan akan menaikkan kadar GST selepas pilihan raya negeri Sarawak.

"Saya nasihatkan rakyat Sarawak janganlah terperangkap dengan fitnah dan pembohongan oleh pembangkang yang sudah hilang modal politik," kata beliau dalam blognya hari ini.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, mengulangi bahawa kerajaan tidak mempunyai rancangan untuk menaikkan kadar GST buat masa ini.

Beliau berkata kadar itu akan kekal pada enam peratus.

"Sebagai Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, saya ulangi jaminan bahawa langsung tidak ada perancangan untuk mengubah kadar GST pada masa ini dan ia akan dikekalkan.

"Sebaliknya, kerajaan BN berhasrat meningkatkan taraf kehidupan Sarawak dan ini jelas terbukti dengan keikhlasan dan komitmen kerajaan dalam projek pembangunan seperti Lebuhraya Pan Borneo yang tidak akan dikenakan tol.

Ketua DAP Sarawak Chong Chieng Jen sebelum ini membuat spekulasi kadar GST mungkin meningkat jika BN diberi mandat lebih besar dalam pilihan raya itu.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top