.... #PRNSarawak: DAP Datang "Tengook Sajaa" | AAKJ



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang telah dijadualkan tiba di Kuching Sarawak semalam pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat bagi merasmikan Balai Raya Desa Wira melahirkan rasa seronok berkempen di sini.

Baca:


“Saya berasa seronok berkempen di sini, cukup senang hati, tidak berasa tertekan dan tidak merasakan suasana Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Jika mahukan saya datang lagi, pastikan Barisan Nasional (BN) menang dan pastikan Dr.Sim Kui Hian menang di sini,” ujarnya.

Beliau juga menegaskan bahawa kedatangannya di Sarawak bukan untuk ‘tengok saja’.

“Saya datang di sini bukan untuk ‘tengok saja’ dan bawa tangan kosong macam Parti DAP, tetapi saya datang bawa wang (peruntukan besar) untuk rakyat Sarawak.”

Tambahnya, kerajaan telah berbelanja sebanyak 16 billion untuk 1000km Pan borneo Highway. Sedangkan DAP datang Sarawak dengan "Impian" kosong dan berbohong. DAP buat jalan 100 meter dan canang keliling Sarawak bahawa mereka membawa impian rakyat Sarawak.

“Inilah antara hadiah paling besar yang BN bawa untuk Sarawak dan saya akan bawa peruntukan besar lagi supaya Sarawak terus maju,” katanya semasa berucap pada majlis tersebut.

Menurutnya, Dr.Sim yang juga merupakan Calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Batu kawa seorang yang baik, lurus dan tidak mungkin menipu rakyat.

Beliau turut menyarankan agar penduduk di Batu Kawa terus memberi sokongan kepada Dr.Sim dan pastikan BN menang di kawasan tersebut.

Sementara itu, kunjungan Najib kali ini di sambut lebih kurang 3000 penduduk di sini di iringi persembahan live band 'Berkikis Bulu Betis Versi Batu Kawa' oleh ARMADA dan lagu 'Gemuruh Jiwa'.

Kerajaan pusat telah memberi peruntukkan sebanyak RM300ribu untuk Balai Raya tersebut. – Sarawakiana.



Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top