.... #PRNSarawak: DAP dan PKR Berentap Terbuka Di DUN Batu Kitang | AAKJ



Lo Khere Chiang
Sudah jelas bahawa pintu rundingan antara DAP dan PKR berhubung dengan krisis pertindihan kerusi yang ditandingi kononnya atas nama Pakatan Harapan di DUN Batu Kitang sudah tertutup.

Tiada lagi kompromi apabila kedua calon DAP dan PKR masing-masing dilihat begitu agresif berkempen secara terbuka dan masing-masing menerangkan kepada pengundi di situ bahawa merekalah calon terbaik bagi mewakili rakyat Batu Kitang.

Pengerusi DAP Chong Chieng Jen berkata, calon DAP Abdul Aziz Isa Marindo mempunyai peluang cerah untuk menang dan calon PKR, Voon yang juga naib ketua wanita PKR Pusat berkata pencalonannya di Batu Kitang juga telah mendapat maklum balas yang sangat baik dan menggalakkan daripada rakyat di situ.

Krisis perebutan kerusi antara dua parti pembangkang ini menjadi tajuk bualan hangat di kedai-kedai kopi di sekitar Batu Kitang. Masing-masing cuba menunjukkan betapa hanya merekalah paling kuat mendapat sokongan masyarakat tempatan.


Namun di sebalik itu, masyarakat tahu bahawa keduanya bukanlah anak jati Batu Kitang.
"Dalam pakatan gik sidaknya sik mampu nak nunjuk keserasian, macam ne sidaknya nak begabung maok membela rakyat" - pengundi Batu Kitang.
Bagi calon BN, Lo Khere Chiang berkata dia mahu menyelesaikan masalah banjir yang berlarutan di Batu Kitang

DUN ini merupakan salah satu kerusi baharu dan antara dijangka paling ‘panas’ pada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak kali ini.

Sebagai jurutera awam terlatih dan pengerusi majlis perbandaran Padawan, di mana terletaknya kawasan Batu Kitang, selama tiga penggal, beliau tahu masalah tersebut boleh diselesaikan.

“Saya dilahirkan di sini dan tahu kawasan ini dengan baik. Sistem perparitan di sini sudah lebih 30 tahun. Ia memerlukan peruntukan yang besar bagi meningkatkan infrastruktur, tetapi ia boleh dilakukan dengan bantuan semua terutama kerajaan negeri bagi menyelesaikan terus masalah banjir ini,” katanya. 
Batu Kitang, yang dulunya merangkumi sebahagian kawasan dikuasai DAP di kerusi Kota Sentosa dan Batu Kawah, mempunyai 17,494 pengundi berdaftar dengan 60 peratus adalah kaum Cina, dan selebihnya Bumiputera. Lima calon, termasuk dari DAP dan PKR, akan bertanding di kawasan berkenaan.

Semasa forum komuniti di terminal bas lama di Hua Joo Park, Lo, 56, berketurunan Hakka dan Pengerusi SUPP Kota Sentosa itu, berkata beliau juga akan melibatkan penduduk luar bandar bagi memastikan tiada kelompok masyarakat ketinggalan jika pengundi memilihnya sebagai wakil rakyat pada pilihan raya 7 Mei ini.

“Ini bukan hanya soal membangunkan kawasan ini, kita mesti bersama-sama membangunkan rakyat. Rakyat luar bandar perlu dibantu agar mereka juga boleh meraih pendapatan, dan kita semua di Batu Kitang boleh menikmati kualiti hidup lebih baik,” katanya.
Beliau juga mahu masyarakat di Batu Kitang mempunyai akses kepada rawatan perubatan mengikut kemampuan mereka serta pengangkutan yang lebih baik dalam usaha mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Lo akan terus mendekati masyarakat Cina dalam forum komuniti serta ceramah, dan bagi pengundi Bumiputera di kawasan luar bandar, beliau akan menemui mereka melalui kempen ‘pintu ke pintu’.

Ditanya sama ada beliau tertekan susulan pertandingan lima penjuru dalam pilihan rayanya yang pertama itu, Lo berkata:

 “Ya, ia seperti menduduki peperiksaan, dan saya perlu banyak berusaha dan yakin pengundi boleh melihat itu serta bagaimana kelayakan dan pengalaman saya boleh membawa pembangunan yang diperlukan di Batu Kitang.”
Lo bekerja sebagai jurutera awam di Padawan, sebelum meninggalkan kerjaya itu dua dekad lepas dan membuka syarikat perundingnya sendiri dan dilantik sebagai pengerusi majlis perbandaran, enam tahun lepas.
“Ketika menerima jawatan di majlis perbandaran, saya menetapkan tiada kerja-kerja daripada majlis perbandaran diberikan kepada syarikat saya. Saya masih di sini selepas enam tahun kerana saya bersikap adil untuk memastikan peruntukan dikongsi dengan semua masyarakat,” katanya.
Batu Kitang adalah antara enam kawasan di mana pembangkang, DAP dan PKR akan bertembung antara satu sama lain, masing-masing Abdull Aziz Isa dan Voon Shiak Ni. Dua lagi adalah calon Bebas, Sulaiman Kadir dan Datuk Seri Othman Bojeng.

Kawasan berkenaan adalah satu daripada 13 kerusi ditandingi SUPP, iaitu kawasan parti komponen BN negeri, majoritinya pengundi Cina.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top