.... #PRNSarawak: DAP Cabar PKR Sama-Sama Jangan Berkempen | AAKJ



Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke mengumumkan bahawa parti itu bersedia untuk tidak berkempen di Batu Kitang jika PKR melakukan perkara sama di baki lima lagi kerusi yang menyaksikan pertembungan kedua-dua parti itu pada pilihan raya negeri Sarawak ke-11 ini.
"Calon PKR mesti umumkan secara terbuka bahawa mereka tidak akan berkempen walaupun nama mereka muncul di kertas undi.

"Jika mereka boleh lakukan ini, maka kita akan mengarahkan calon kita di Batu Kitang untuk lakukan perkara sama," katanya pada sidang media di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur.
Selain daripada kerusi majoriti masyarakat Cina di Batu Kitang, kedua-dua sekutu Pakatan Harapan itu akan bertembung di lima kerusi luar bandar yang terdiri daripada majoriti Dayak - Mulu, Murum, Simanggang, Ngemah dan Mambong.

Di Batu Kitang, calon DAP Abdul Aziz Isa dalam pertarungan lima penjuru dengan calon PKR Voon Shiak Ni, Lo Khere Chiang (SUPP-BN), Othman Bojeng (Bebas) dan Sulaiman Kadir (Bebas).


Baca: 


Sebelum ini DAP melalui Ahli Parlimen Tanjong, Ng Wei Aik dalam satu status di laman Facebook milik beliau telah mengeluarkan kenyataan keras berkaitan kes pertindihan kerusi itu.
 

"Ask PKR go to hell," bermaksud, "Minta PKR pergi ke neraka," tanpa sedikit pun timbul perasaan gerun kehilangan undi dari pro pakatan harapan.

Krisis ini bertambah buruk apabila calon Melayu DAP, Calon DAP DUN Batu Kitang, Abdul Aziz Isa menuduh PKR melanggar perjanjian asal di antara kedua-dua parti tersebut.


Justeru inilah isyarat jelas yang perlu dilihat oleh pengundi Sarawak. Kalau isu pembahagian kerusi pun pakatan pembangkang ini gagal sama sekali, bagaimana mereka ingin uruskan kawasan masing-masing sekiranya mereka menang? Jauh sekali untuk mereka berjaya uruskan sebuah negeri yang berbilang kaum.

Jangan lupa bahawa DAP, PKR, PAN dan PAS bukanlah parti yang 'lahir' di Sarawak. Mereka hanya menggunakan proksi mereka di sini untuk kepentingan beberapa kerat individu yang gila kuasa dan tidak ingin kuasa itu pergi dari keluarga mereka.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top