.... #PRNSarawak: Bangsa Cina Di Malaysia "Bangsa Kelas Kedua Sejak Dilahirkan"? | AAKJ



Cubaan DAP menggunakan isu menghapuskan ruangan kaum dalam borang rasmi kerajaan persekutuan nampaknya semakin melarat dan seperti biasa DAP kekalkan momentum berbohong walaupun menggunakan fakta angka yang betul.

Baca: 

Angka yang betul adalah statistik Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang menunjukkan sejumlah 7,828 rakyat Malaysia melepaskan kewarganegaraan mereka untuk berhijrah ke Singapura. Namun pembohongan yang nyata apabila DAP sandarkan penghijrahan tersebut kerana bangsa Cina yang tinggal di Malaysia dizalimi.




Kempen kotor

Calon DAP bagi kerusi DUN Piasau, Dr Ting Tiong Choon mendakwa BN tiada hak untuk menggesa pengundi Cina untuk kembali menyokong parti itu ketika mereka terus ditindas.

Beliau dilihat amat terdesak apabila turut berkata bahawa masyarakat Cina akan dipinggirkan kerajaan jika mereka terus mengundi pembangkang, katanya, pengundi kaum itu telah dilayan seperti warganegara kelas kedua semenjak mereka dilahirkan.

Dr Tiong jelas berpolitik kotor bila turut mendakwa "Daripada jumlah itu, 96.7 peratus adalah masyarakat Cina, dan ia tidak termasuk mereka yang berhijrah tetapi tidak memaklumkan kepada SPR," katanya semasa sidang akhbar di Miri, hari ini.


Namun beliau dilihat cuba sembunyikan pembohongan apabila mengulas, daripada berusaha untuk memujuk rakyat Malaysia pulang ke negara ini, adalah lebih baik untuk memperbaiki hubungan baik antara kaum dan memastikan semua dilayan secara saksama. Kenapa beliau memberi alasan tidak perlu memujuk rakyat Malaysia pulang?


Benarkah kaum Cina tertindas?

Calon DAP cuba sembunyikan fakta tentang bangsa apa yang paling kaya di Malaysia?

Bangsa apa pula yang paling kaya di Sarawak? Siapa menguasai balak atau lebih mudah dipanggil Raja Balak dan Raja Sawit?

Kelas menengah pula dikuasai oleh siapa? Beranikah calon DAP tunjukkan angka 'perkapita' pendapatan kaum Cina di Malaysia?

Kalau Kerajaan BN Sarawak ini zalim dan juga kerajaan Pusat juga zalim, anda boleh bayangkan siapa kuasai ekonomi Malaysia.

Rakyat Sarawak lebih cerdik dari apa yang calon DAP sangkakan!!


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top