.... PRN Sarawak: Belum Penamaan Calon, Gerakan Sabotaj Sudah Bermula? | AAKJ



Parti Rakyat Sarawak (PRS) telah mengumumkan nama kesemua 11 calon mereka untuk Pilihan Raya Negeri Sarawak yang akan tiba tidak lama lagi. Kesemua 11 orang calon berkenaan telah mendapat kepercayaan Presiden parti dan Ketua Menteri Sarawak bagi membentuk sebuah pasukan Barisan Nasional yang kuat pada kali ini.

Baca: 

Calon PRS yang mempunyai prestasi memberangsangkan disamping muka baru yang berpotensi untuk menang. Salah satu DUN yang akan ditandingi oleh PRS adalah N30 Balai Ringin dan difahamkan kali ini akan melibatkan pertandingan 4 penjuru. Selain daripada PRS yang mewakili Barisan Nasional, DAP, PKR dan Bebas turut berminat untuk merebut DUN Balai Ringin. 





Entusa Iman (dua dari kiri) dalam satu majlis bersama Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat

Jika pertandingan daripada calon pembangkang seperti DAP dan PKR adalah satu kebiasaan bagi sesebuah pilihanraya di negeri ini, namun pencalonan dari calon Bebas pula menimbul seribu macam persoalan. Dikhabarkan calon Bebas di DUN berkenaan telah diletak oleh Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat (PRS) untuk menentang calon BN dan pemangku kerusi ini, Snowdan Lawan

Apa yang mengejutkan, Ahli Parlimen dan calon PRS yang akan bertanding adalah dari parti yang sama. Ini memperlihatkan Masir seolah-olah akan meletak “ayam sabong” beliau, Entusa Iman pesara polis untuk merebut kerusi berkenaan.

Andai benar dakwaan ini pastinya terdapat unsur-unsur sabotaj calon mula kelihatan dalam PRS apabila difahamkan Masir sering membawa Entusa ke program-program berkaitan. Apa yang sepatutnya berlaku ialah Masir seharusnya membawa Snowdan untuk dikempenkan kepada rakyat. Rakyat mula keliru dengan situasi yang berlaku sehinggamereka berasa kecewa dengan tindakan Masir.



Pada masa sama difahamkan ada dikalangan Tuai Rumah yang selama ini menyokong Masir mula kembali menyokong Snowdan kerana pilihanraya kali ini adalah berkenaan Ahli Dewan Undangan Negeri bagi membentuk sebuah pasukan Adenan yang kuat.

Rakyat mula mempersoal kenapa Entusa yang dicanang sebagai calon bebas sering mengikuti kemana sahaja Masir pergi. Difahamkan rakyat berpendapat bahawa unsur sabotaj sebegini tidak berlaku dalam parti kerana kekuatan parti adalah terletak persefahaman dan kerjasama diantara pemimpin dan ahli parti.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top