.... PKR Gagal Letak Calon Di DUN Bukit Sari dan Bukit Kota | AAKJ



Sejarah tercipta di Pilihanraya Negeri Sarawak Ke 11 apabila BN memenangi dua kerusi tanpa bertanding setelah tamat tempoh proses penamaan calon jam 10 pagi tadi.

Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan diisytharkan menang tanpa bertanding untuk kerusi N.82 Bukit Sari dan Dr Abdul Rahman Ismail juga turut diisytharkan menang tanpa bertanding untuk kerusi N79 Bukit Kota.


Menurut sumber rapat dari bilik gerakan pakatan harapan Sarawak, PKR telah sama sekali gagal untuk meletakkan calon-calon mereka di kedua kerusi tersebut.

Malah menurut penganalis politik tempatan, kemenangan BN di kedua DUN ini menunjukkan betapa gabungan parti pembangkang gagal untuk menyampaikan mesej kepada rakyat Sarawak bahawa mereka bersatu. 

Sejak awal DUN Sarawak dibubarkan lagi gabungan parti pembangkang yang mana kali ini menggunakan label Pakatan Harapan gagal untuk mencapai kata sepakat di Pilihanraya Negeri Sarawak dan ini bukanlah kali pertama.

Awal-awal lagi PAS telah ditendang demi untuk membentuk kerjasama dengan kumpulan serpihan PAS iaitu PAN. Bagi gabungan yang didominasi oleh DAP ini, mereka akan bekerjasama dengan parti yang boleh ditunggang. 



 

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top