.... Pendebat Kaki Disco Dipermalukan Dalam 'Gelanggang Debat WhatsApp' | AAKJ



Bekas pendebat terbaik Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjadi mangsa kritikan di dalam satu Group Whatsapp pro-Barisan Nasional (BN) kerana kerap memberikan mesej yang menyemai kebencian terhadap kerajaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Baca: 

Sebaik sahaja beliau menghantar pesanan terkini, ramai ahli lain yang menyokong BN membidas serta mematikan kata-katanya dengan hujah dan fakta.

Kebanyakannya, memberi nasihat kepada Syed Saddiq bahawa umur beliau masih mentah lagi untuk berbicara soal serius dalam situasi politik negara berbanding ahli lain dalam Group berkenaan yang kebanyakannya sudah matang dan begitu arif.

Beliau dikenali sebagai ketua kumpulan Challenger yang dikatakan mewakili segelintir anak muda yang kononnya membantah kepimpinan Najib dan kerajaan BN.

Gerakan itu kemudiannya dipatahkan dengan pantas oleh sebilangan besar pertubuhan pelajar dan alumni universiti seluruh negara dengan menyatakan sokongan terbuka di belakang kepimpinan Najib dan mempertahankan kerajaan BN.

“Pengalaman politik kebanyakan kat sini sebaya umur kamu Syed….,” kata seorang dari ahli dalam Group berkenaan.





Petikan skrin Group Whatsapp di mana Syed Saddiq kena ‘hentam’ teruk

Syed Saddiq bagaimanapun mengamalkan sikap tutup telinga dan mata apabila dibidas kerana tidak pernah membalas mesej-mesej yang mengkritiknya selain terus menghantar mesej-mesej yang memperlekeh pemimpin negara.

Beliau kini dikenali sebagai golongan muda dalam gerakan deklarasi Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mendesak Perdana Menteri meletakkan jawatan.

Semalam, beliau tampil dalam satu forum bersama pemimpin UMNO yang sudah melanggar disiplin parti antaranya Ketua UMNO Bahagian Pagoh Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digantung jawatan Timbalan Presiden UMNO dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

“Sudahlah Syed, kamu ni budak lagi… tak tau apa pun…Nanti kena jadi bahan mengadu kat mak ayah nanti,” komen seorang lagi ahli yang mengkritik Syed Saddiq.

Syed Saddiq pada awalnya mengakui tidak mengetahui bagaimana dirinya boleh dimasukkan ke dalam group berkenaan yang kebanyakan ahlinya terdiri daripada penyokong kuat BN.

Di dalam Group berkenaan, Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao merupakan salah seorang ahlinya.

– PRU14.tv

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top