.... Pak Jabit, Artis Malaysia Juga Turut Berdemonstrasi Anti GST | AAKJ



Pak Jabit atau nama sebenarnya Man Kadir antara penyokong setia atau totok Anwar Ibrahim kali ini muncul lagi sekali di demonstrasi anti GST. 

Kali ini beliau nampak begitu agresif bertempik teriak melaungkan kata-kata provokasi sambil memegang plycard "Undur Rosmah Undur". Menurut sumber rapat dengannya, Pak Jabit sudah lama tidak 'turun padang' kerana sibuk dengan pengambaran drama dan juga keadaan uzurnya serta isteri beliau yang agak tenat di rumah.

Mungkin pihak Finas boleh memberi perhatian terhadap isu artis yang dilihat bersama di perhimpunan haram sebegini.

Kalau dahulu, Abby Abadi dan penyanyi Aisyah dilihat begitu aktif di dalam siri demonstrasi haram namun kini yang tinggal konsisten turut bertempik raung dalam demo haram adalah Pak Jabit. Baca seterusnya di SINI

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top