.... Nazir Razak Pecah Amanah? | AAKJ




Dari Mykmu


1. Kenyataan Pengerusi CIMB, Nazir Razak, mengakui pendedahan bahawa sebanyak RM 27 juta telah diterima daripada Presiden UMNO, Mohd Najib Tun Razak untuk disalurkan dan diagih-agihkan kepada pemimpin politik Barisan Nasional menjelang pilihan raya 2013 boleh dianggap satu kesalahan criminal breach of trust (CBT). 


Baca juga: 


2. Mana-mana pegawai bank tidak sepatutnya mendedahkan apa-apa data pihak pelanggannya tanpa kebenaran pelanggan atau waran mahkamah. Justeru tindakan Nazir mengesahkan laporan akhbar bahawa CIMB menerima RM 27 juta daripada Mohd Najib Razak harus dianggap sebagai satu tindakan pecah amanah kecuali ia telah dibenarkan oleh Mohd Najib.

3. Bagaimanapun pendedahan Nazir bahawa kesemua dana tersebut telah diagih-agihkan kepada semua ahli politik tanpa baki walau sesen pun HANYA MEMBUKTIKAN kenyataan Mohd Najib sebelum ini, bahawa wang derma politik yang diterima oleh beliau tidak digunakan untuk kepentingan peribadi, sebaliknya telah disalurkan kepada pihak-pihak berkepentingan dalam Barisan Nasional.

4. Walaupun pendedahan perincian akaun peribadi Mohd Najib oleh beberapa pihak sejak seminggu ini diokestra oleh orang yang mahu menjatuhkan Mohd Najib, namun ia jelas menjadi “boomerang” politik.
Ini kerana siri pendedahan tersebut sekadar mengukuhkan kenyataan Mohd Najib sejak akaun peribadinya beliau didedahkan iaitu, “beliau tidak menggunakan wang dari akaun-akaun tersebut untuk kepentingan peribadi.”-MYKMU.NET

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top