.... Muhyiddin, Goh Chok Tong, Cacing dan Naga | AAKJ



Muhyiddin Yassin bukanlah Goh Chok Tong. Tun Dr Mahathir Mohamad bukanlah Lee Kuan Yew. Mukhriz Mahathir pula bukanlah Lee Hsien Loong. Oleh itu, berhenti bermimpi sedemikian – bak kata orang Melayu, perasan. Orang yang berkhayal bukan sahaja jauh dari realiti, malahan mereka sebenarnya menuju ke arah kegilaan. 

Baca: 


Kita semua tahu bahawa rancangan Mahathir adalah untuk menjadikan Mukhriz Timbalan Perdana Menteri dan seterusnya Perdana Menteri pada tahun 2020. Mukhriz sepatutnya memenangi jawatan Ketua Pemuda Umno pada 2009 dan kemudian jawatan Naib Presiden Umno pada tahun 2013. Mahathir berharap perkara ini akan berlaku dengan bantuan Najib.

Namun itu tidak berlaku. Mahathir menyedari bahawa jika Najib kekal sebagai Perdana Menteri sehingga 2018 atau 2020, maka Mukhriz tidak akan menjadi Perdana Menteri. Kesimpulannya, Najib enggan memainkan peranan sebagai Goh Chok Tong Malaysia dengan membantu Mukhriz sebagai Lee Hsien Loong Malaysia.

Perkara ini telah diperkatakan banyak kali sebelum ini. Mukhriz amat jauh berbeza daripada General Lee Singapura. Lee Kuan Yew telah mendidik dan memupuk anak-anaknya dengan cara yang betul sedangkan Mahathir membesarkan anak-anaknya dengan ‘crutch mentality’.

Oleh sebab itu, tidak seperti General Lee yang berjaya dengan sendirinya, Mukhriz (dan adik-adiknya ) memerlukan bantuan ayah mereka untuk berjaya dalam kehidupan. Mereka sendiri yang mahukan ianya sedemikian.
Perkara ini merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima Mahathir. Hakikat bahawa beliau perlu bergantung kepada Najib untuk masa depan anak-anaknya, menyusahkan beliau kerana ia telah menjadi satu obsesi yang tidak sihat. Ini merupakan antara punca mengapa Mahathir menyerang Najib dengan dendam yang tidak pernah dilihat dalam sejarah Malaysia.

Jadi Mahathir mahu Najib digulingkan. Tetapi itu tidak mencukupi. Beliau tidak mampu menggulingkan Najib dan hanya membenarkan Ahmad Zahid Hamidi untuk mengambil alih. Zahid perlu juga digulingkan bersama Najib. Jika tidak, Mukhriz akan tetap tidak mempunyai peluang memandangkan Zahid juga tidak akan memainkan peranan sebagai Goh Chok Tong Malaysia dan membantu Mukhriz sebagai Lee Hsien Loong Malaysia.

Orang yang mengambil alih dari Najib mesti bersedia untuk menjadi Perdana Menteri interim yang memanaskan kerusi untuk Mukhriz , Timbalan Perdana Menteri yang baru dan Perdana Menteri yang seterusnya. Muhyiddin berharap orang tersebut adalah diri beliau. Oleh sebab itu, beliau bersuara mengenainya.

Tiba-tiba Muhyiddin tahu banyak perkara berkenaan 1MDB sedangkan setahun yang lalu beliau mengatakan yang beliau hanya tahu sedikit sahaja mengenainya, melalui pembacaan beliau di The Edge. Setahun yang lalu beliau masih bodoh. Muhyiddin mendakwa yang Najib tidak memberitahunya apa-apa. Kini, beliau bukan sahaja tahu banyak mengenai 1MDB, malahan beliau turut mendakwa bahawa beliau telah menasihati Najib tentang apa yang perlu dan tidak perlu dilakukan, tetapi Najib enggan mendengarnya.

Kini Muhyiddin adalah seorang “pakar” kewangan. Muhyiddin boleh menulis tesis mengenai 1MDB dan mendapatkan ijazah doktor falsafah . Tahun lepas, Muhyiddin benar-benar ‘ blur’ kerana Najib telah membiarkan beliau dalam kegelapan seperti cendawan yang tidak mendapat cahaya dan hanya hidup dengan bergantung kepada baja.

Adakah Muhyiddin fikir kami bodoh?

Muhyiddin: Saya dipecat kerana mengatakan apa yang dikatakan oleh laporan PAC

(FMT) – Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyertai yang lain yang telah mengutuk laporan (PAC) Jawatankuasa Kira-Kira terhadap 1Malaysia Development Berhad, dan berkata, penemuan dalam laporan itu telah mengesahkan apa yang beliau sendiri telah katakan selama ini.

Dalam tulisannya di Facebook, Muhyiddin berkata beliau telah banyak kali, ketika masih sebahagian daripada Kabinet, melahirkan rasa kebimbangannya dengan model perniagaan 1MDB dan meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk melepaskan jawatannya sebagai pengerusi lembaga penasihat syarikat.

“Saya juga telah meminta lembaga pengarah syarikat untuk berundur, dan memulakan prosiding undang-undang terhadap mereka. Hanya sekarang (selepas laporan PAC) mereka mahu berundur.

“Laporan PAC telah mengesahkan semua pandangan dan kebimbangan saya mengenai 1MDB. Najib kelihatan seperti beliau menerima laporan PAC sekarang, tetapi menolak saya dari Kabinet untuk mengatakan perkara yang sama, “kata Muhyiddin mengeluh, sambil menambah bahawa Najib perlu bertanggungjawab dalam 1MDB, kerana beliau telah dinamakan banyak kali dalam laporan PAC.

Muhyiddin juga menyebut beberapa transaksi yang mencurigakan yang dijalankan oleh 1MDB yang melibatkan berbilion-bilion ringgit dana yang hilang, sehingga menyebabkan syarikat itu tidak dapat menjana pendapatan yang mencukupi untuk membayar balik hutangnya.

“1MDB memerlukan RM3 bilion setahun hanya untuk membayar faedah bagi hutang mereka. Dengan sebahagian besar aset syarikat itu dijual, ia kelihatan seperti kerajaan mungkin terpaksa menanggung hutang syarikat. Saya amat bimbang bahawa masalah 1MDB boleh berakhir dengan membebankan rakyat,” katanya.

“Kepada para menteri Kabinet dan Najib sendiri yang berfikir kemelut 1MDB berakhir, namanya dibersihkan dan mahu rakyat melupakannya, hentikan drama dan berhenti cuba untuk mengalihkan perhatian.

“Rakyat tidak akan lupa berbilion yang ditipu daripada tabung kerajaan. “

Dalam perutusannya, Muhyiddin menggesa bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Shahrol Azral ditahan dan mendedahkan kebenaran.

Mengatakan Najib harus bertanggungjawab sepenuhnya kerana peranannya dalam 1MDB, Timbalan Presiden UMNO yang digantung itu berkata, “Tidak pernah dalam sejarah negara kita mempunyai seorang Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, membuat keputusan untuk sebuah syarikat awam.

“Penyalahgunaan (dana) dalam 1MDB adalah jelas. Jika Najib mempunyai maruah, beliau akan segera meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.”


Malaysia Today


Kata orang tua bila cacing ingat dia naga maka segala apa yang ada di dalam dunia ini dan apa yang ada di antara bumi dan langit akan dijualnya!!

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top