.... ‘Lebih Baik Allah Bangkrapkan Saja Bisnes Tudung Fareeda’ – Ustak | AAKJ



TINDAKAN pelanggan tudung Fareeda yang berebut seakan-akan rusuhan semata-mata untuk mendapatkan nombor giliran mengundang kemarahan ramai pihak. Namun adilkah pihak Fareeda disalahkan sepenuhnya dalam perkara ini?

Setiap orang mempunyai pilihan dan para peniaga berhak tampil dengan strategi masing-masing. Tambahan pula, ini merupakan perniagaan orang Melayu yang beragama Islam. Oleh itu tindakan seorang ustaz mengecam sehingga mendoakan agar perniagaan Fareeda bankrap dilihat sebagai melampau dan berhati busuk.

Menurut kenyataan Ustaz Hasrizal dalam istagram beliau,

Sebagai suami dan bapa kepada anak perempuan, saya tidak mengizinkan mana-mana perempuan di bawah tanggungjawab saya memakai tudung Fareeda. Ia adalah satu perniagaan yang tidak berakhlaq dan memfitnah agama.

Mustahil Allah dan Rasulullah SAW redha dengan strategi perniagaan sebegini. Ditambah pula dengan keangkuhan admin halaman Facebook Fareeda yang sarkastik dengan semua teguran tanpa ada sedikit pun rasa bertanggungjawab terhadap ikhtilat ekstrim yang memalukan baru-baru ini.

Mawar dan Fizo Omar, andai terbaca mesej ini, bertaubatlah kepada Allah dan perbaiki modus operandi perniagaan antum. Saya bukan sesiapa, hanya hamba Allah yang berharap agama tidak dimanipulasikan oleh bisnes dalam bentuk sebegini.

Jangan dipersalahkan pelanggan kalian yang mereka juga perlu bertanggungjawab atas perbuatan mereka sendiri di hadapan Allah. Sebaliknya kalian ada kuasa untuk mencegah perkara ini berlaku.

Rusuh merusuh yang berlaku itu memang disengajakan dan iklan bermula 1 April diikuti dengan provokasi demi provokasi menunjukkan ia terjadi sebagai strategi perniagaan yang disengajakan. Disinilah kemuncak salah etikanya.

Jika nasihat Mufti dan pelbagai pihak tidak diendahkan, lebih baik Allah bangkrapkan sahaja bisnes kalian daripada masyarakat ini ‘bangkrap’ akhlaq. Ittaqullah! – Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

Memang agak mudah menuding jari dan mendoakan perkara buruk terhadap pihak lain terutamanya terhadap mereka yang berada di puncak kejayaan. Namun ustaz ini sepatutnya turut melihat perkara lain dengan lebih adil dan objektif.

Misalnya tindakan pembangkang yang seringkali mengganggu ketenteraman ibukota dengan demonstrasi jalanan yang bertujuan untuk menghasut rakyat dan menumbangkan kerajaan. Demo jalanan tersebut juga seringkali bertukar menjadi ganas dan berlaku pergaulan diantara lelaki dan perempuan tanpa batasan.

Kritikan perlu lah membina dan berniat baik bukannya “double standard” apabila melibatkan pihak lain. Namun apabila ianya berkenaan kumpulan yang mereka sokong, mereka ini hanya mendiamkan diri, diam setibu bahasa.

Selain daripada ustaz ini, Wardina Safiya yang kini bermastautin di Australia turut mengecam perniagaan Tudung Fareeda tanpa mengkritik sedikit pun demonstrasi jalanan pakatan rakyat yang telah banyak menyusahkan penduduk ibu kota.
PRU14.tv






Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top