.... Lebih 50 Ribu Warga Kemaman Bakal Sambut Dr Zakir Naik | AAKJ



Selepas menjelajah 3 Siri Road Tour Dr. Zakir Naik di Terengganu, tokoh pendakwah itu bakal berkunjung ke Padang Astaka Kemaman dengan tajuk Muslim’ Choice – Da’wah or Destruction untuk penamat ceramahnya di negeri Terengganu Darul Iman. 

Baca: 

Bermula di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu yang menerima sambutan hebat apabila 30 ribu pengunjung membanjiri setiap ceruk tempat pada Ahad lalu, keesokannya 10 ribu warga pelajar IPTA dan IPTS berkumpul di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan semalam 40 ribu hadirin datang ke Sekolah Menengah Imtiaz YT Besut menjadikan ia sebagai satu fenomena yang viral dalam media sosial dan media cetak.

Sepanjang Siri Jelajah Dr Zakir diadakan, rakyat Terengganu tanpa mengira fahaman politik dan agama hadir demi mendengar majlis ilmu seorang ilmuan antarabangsa walaupun cuba disabotaj oleh pihak tertentu yang cemburu dengan penyatuan umat Islam di negara ini

Esok dijangka 50 ribu rakyat Kemaman dan juga dari Pahang akan memenuhi perkarangan Padang Astaka Kemaman untuk bertemu dengan dekat ulama terkemuka yang pernah dinobatkan sebagai 500 individu Islam paling berpengaruh dunia pada ketika ini.

Majlis bermula jam 8:30 malam dan orang ramai dinasihatkan datang awal untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. 




Di Universiti Malaysia Terengganu ( UMT ). 




Siri pertama Jelajah Dr. Zakir Naik di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu.

Beliau yang berbesar hati dijemput secara peribadi oleh YAB Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman mengakui gembira ke negeri ini yang mempunyai lebih 90 peratus Orang Islam.

Semoga program seumpama ini mendapat manfaat kepada seluruh rakyat Terengganu dan wajar diteruskan pada masa-masa akan datang insyaAllah. 



Terengganu Times

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top