.... Lagi, Wakil Rakyat DAP Tidak Sampai Setahun Jadi YB Mampu Beli Kereta dan Rumah Mewah Dicabar Beri Penjelasan | AAKJ



Selepas pendedahan pembelian kontroversi rumah banglo oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng pada harga yang didakwa luar biasa murah, Gerakan hari ini mencabar seorang lagi wakil rakyat DAP negeri ini menjelaskan pembelian sebuah rumah mewah yang menimbulkan persoalan.

Setiausahanya, Oh Tong Keong berkata, pembelian rumah teres tiga tingkat berharga RM800,000 oleh ADUN berkenaan perlu dijelaskan kerana ia dibuat tidak lama selepas dipilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk kali pertama pada 2008.

Katanya, semakan pihaknya mendapati wakil rakyat berkenaan tidak mempunyai sumber kewangan kukuh malahan sehingga tahun lalu masih gagal menjelaskan pinjaman pendidikan.

"Saya tidak persoalkan beliau hendak beli rumah tetapi selama ini mereka sering dakwa DAP sangat bersih, jadi wakil rakyat berkenaan perlu tampil mendedahkan prosedur pembelian rumah berkenaan yang terletak di bahagian pulau," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Guan Eng sebelum ini membeli sebuah banglo yang terletak di Jalan Pinhorn, Jelutong, pada harga hanya RM2.8 juta sedangkan nilai pasaran semasa hartanah sedemikian di kawasan tersebut boleh mencecah sehingga RM5 juta.

Lebih menimbulkan kontroversi apabila pemilik banglo itu turut dikaitkan dengan individu di dalam sebuah syarikat yang berjaya membeli tan­ah di Taman Manggis, Pulau Pinang. Tanah di Taman Manggis itu sebelum ini diperuntukkan bagi pembinaan projek perumahan rakyat (PPR) tetapi dirancang pemaju untuk dibina hospital swasta dan hotel.

Mengulas lanjut, Tong Keong berkata, sebelum membeli rumah berkenaan, ADUN berkenaan tinggal bersama keluarganya di Georgetown dan hanya menggunakan motosikal sebagai pengangkutan.

"Selepas jadi ADUN, beliau juga mampu membeli sebuah kereta import," katanya. Pada masa sama, Tong Keong mendakwa seorang lagi ADUN DAP turut memperlihatkan kemewahan apabila membeli sebuah kereta import berharga ratusan ribu menggunakan nombor pendaftaran orang kenamaan (VIP) dalam tempoh tidak sampai setahun menjadi wakil rakyat.

"Persoalannya, adakah mereka berdua ini berani membuat sidang akhbar dan mendedahkan perkara ini. Saya cabar mereka," katanya.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top