.... Kos Pembersihan Bangunan SUK RM 300 Ribu Sebulan Masuk Poket Siapa? | AAKJ



Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard di laman Facebooknya semalam membuat satu pendedahan yang amat mengejutkan berkaitan kos bulanan pembersihan Bangunan SUK Selangor di Shah Alam.

Baca: 

Menurut beliau, ketika pentadbiran bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Mohd Taib, kos kontrak pembersihan bangunan itu ialah RM27,000 dan ketika Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kosnya ialah RM33,000.

“Tapi kini semasa Azmin Ali, telah menjadi RM300,000 sebulan… Betulkah? Siapa dapat?” katanya di ruangan status di Facebooknya.



Chegubard berkata, beliau dapat maklumat ini selepas ada individu telah menyerahkan dokumen itu kerana ada seseorang telah tertinggal salinan di mesin fotostat yang mengandungi maklumat berkenaan.

Nampaknya, ini adalah satu tuduhan dan dakwaan yang berat dibuat oleh Chegubard ke atas pentadbiran Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali.

Nilai kontrak berkenaan begitu berbeza dan amat tinggi sekali pada ketika Azmin menjadi Menteri Besar berbanding dua Menteri Besar terdahulu yang amaunnya nampak seperti logik dan munasabah. Namun kos bulanan yang disebutkan Chegubard melibatkan Azmin adalah terlampau besar.

Ada satu lagi kes berkenaan amaun yang nampak tidak logik ketika zaman Azmin di Selangor. Dakwaan yang sebelum ini juga dibuat oleh Chegubard melibatkan kerja pengubahsuaian pintu gerbang Kota Darul Ehsan yang menelan belanja sehingga RM9 juta padaha hanya melibatkan kerja-kerja yang kecil.

Selain kes pintu gerbang, kes kubah Masjid Shah Alam yang mahu ditukar panel dan jubinnya juga ada kontroversi tersendiri. Ia turut dicetuskan oleh Chegubard yang mendakwa kerana kosnya terlampau mahal sehingga mencecah RM32.4 juta untuk proses berkenaan.

Musuh dalam politik biasanya bukan sahaja datangnya dari parti lawan tetapi jika tersilap langkah musuh paling degil dan kuat itu ialah datangnya dari dalam parti sendiri.

PRU14.tv

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top