.... Kepimpinan Parti, MB dan Kerajaan Tak Perlu Bertukar - Setiausaha UMNO Perhubungan Negeri Terengganu | AAKJ



Menurut Terengganu Times

Setiausaha UMNO Perhubungan Negeri Terengganu, Mohammad Pehimi Yusof, hari ini agar memberi nasihat dan peringatan kepada beberapa pihak agar meleraikan perselisihan dalaman untuk kebaikan rakyat, dengan keadaan yang genting kepimpinan UMNO perlu bersatu untuk menghadapi PRU14. 

Baca: 


“Kita sudah tak sampai dua tahun sahaja lagi untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke 14 mengapa perlu ada suasana politik kurang stabil di Terengganu yang mana sedang dicanang dalam media arus perdana dan sosial”

“Rakyat sedang memerhatikan suasana politik Terengganu hari ini, bagi saya ia akan memberi gambaran buruk kepada UMNO itu sendiri,” Pehimi berkata demikian ketika dihubungi Terengganu Times berkenaan isu yang di keluarkan adun Kijal semalam.

Selain itu, Pehimi turut menyatakan pada sabtu lalu dalam deklarasi UMNO Terengganu yang diadakan di Dewan Arena, Stadium Tertutup di Gong Badak, Kuala Nerus telah menyatakan sokongan kepada pucuk pimpinan UMNO negeri.

“Jadi sudah tiada isu perlu dibangkitkan kerana UMNO Terengganu akan memberi fokus kepada gerak kerja parti menghadapi PRU 14 nanti”

“Kita (UMNO)akan terus bergerak untuk memastikan UMNO terus membela rakyat di negeri ini,” ujurnya.

Sehubungan dengan itu juga beliau berkata kalau diadakan pilihanraya negeri berasingan ia akan melibatkan kos yang tinggi untuk menguruskan pilihanraya tersebut.

“Sekarang ini tempoh edah pilihan raya sudah sampai tahap matangnya dan kita sudah melaluinya 3 tahun dan hanya tinggal 2 tahun lagi untuk PRU 14,

“ Sekarang ini kepimpinan parti, MB dan kerajaan tak perlu bertukar kerana YAB Ahmad Razif baru 1 tahun lebih memacu Terengganu, perlu beri peluang kepada beliau untuk menguruskan parti serta kerajaan,

“Sekarang ini kepimpinan Ahmad Razif amat disenangi rakyat dan adun-adun serta ketua-ketua bahagian, oleh itu marilah kita sama-sama bantu beliau untuk menguruskan negeri ini”, katanya.

Tambah beliau lagi , kalau berlaku pertukaran Menteri Besar atau bubar dewan undangan negeru (DUN) yang jadi mangsanya rakyat negeri ini.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top