.... Kaum Melayu Ibarat Anak Ayam - DAP | AAKJ



Portal berita DAP bersikap kurang ajar dengan mendakwa kaum Melayu sebagai kawanan anak ayam yang sentiasa memerlukan ibu ayam iaitu UMNO.

Baca:


Roketkini.com dalam satu artikel semalam mendakwa Melayu adalah satu kaum yang perlu dijaga, disuap makan minumnya dan dijamin masa tidur rehatnya sama seperti anak ayam.

“Semua ini diselenggara induk (ibu ayam) Melayu yang kita kenali hari ini sebagai UMNO. Tidak perlu peduli lah sama ada ia korup asalkan simbol-simbol kuasanya (kaum Melayu) tidak digugat,” dakwa portal berita berkenaan.

Artikel itu dipercayai dikeluarkan oleh parti DAP gara-gara berang dengan kegagalan parti itu menghasut kaum Melayu supaya menolak UMNO dan menyokong mereka.

Roketkini.com turut menuduh kaum bumiputera di Sarawak juga ibarat anak ayam yang makan dedak dengan bersuap dan beraknya ditadah oleh UMNO.

Menurut portal berita berkenaan, ia kerana bumiputera di Sarawak tetap melihat UMNO sebagai sebuah parti politik yang menjaga kepentingan anak-anak pribumi.

“Pergi mati lah isu 1Malaysia Development Bhd. (1MDB), itu semua tak ada yang peduli,” kata artikel berkenaan.

Roketkini.com menyindir, mentaliti ayam kaum Melayu dan bumpitera Sarawak itu sejajar dengan ungkapan lazim yang selalu diperkatakan iaitu bersyukur.

“Barangsiapa yang melanggar adat mentaliti ayam akan dihukum kufur nikmat seraya dihalau keluar lingkungan,” kata portal berita berkenaan lagi.



sumber

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top