.... Jadual MB Razif Berjalan Seperti Biasa | AAKJ



YAB Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abd Rahman akan menghadiri program-program yang telah disusun oleh pejabat MB di Tingkat 16 Wisma Darul Iman seperti biasa dan menyangkal laporan yang telah diviralkan sebelum ini.

Diantara jadual pada 29 April 2016 (Jumaat) 7.30 pagi YAB MB menghadiri program Senamrobik TTB di Dataran PERMATA, Seberang Takir.

Manakala pada sebelah petang jam 3.30 petang YAB MB merasmikan Karnival Usahawan Anak Terengganu (KUAT) 2016 di Perkarangan Sabasun Hyperuncit, Gong Badak.

Pada keesokan harinya 30 April 2016 (Sabtu), 8.45 pagi YAB MB merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Kali Ke-22 Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) di TH Hotel & Convention Centre.

Terengganu Times telah mendapat pengesahan dari pejabat MB dengan 3 program yang akan berlangsung pada masa terdekat ini.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top