.... Gambar Sekitar Grand Finale Dr Zakir Naik Di Kemaman | AAKJ



Terengganu Times:Para hadirin mula mengunjungi perkarangan Padang Astaka Kemaman untuk program Dr Zakir Naik Terengganu Tour yang bertajuk Muslim’s Choice – Da’wah or Destruction malam ini.

Baca: 


Warga Kemaman, Dungun dan Kuantan tidak melepaskan peluang untuk mendengar syarahan dan bertemu dengan lebih dekat Agamawan tersohor Dr Zakir Naik.

Program ini juga merupakan siri jelajah keempat dan terakhir Dr Zakir selepas mengunjungi Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu Kuala Nerus, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan kelmarin di Sekolah Menengah Imtiaz YT Besut.

Ketiga-tiga venue ini telah mencapai hadirin seramai hampir 100 ribu orang dan hari ini Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berhasrat membawa tokoh pendakwah itu datang ke Terengganu pada setiap tahun bagi mengembangkan lagi syiar dakwah di negara ini.

Semoga semua hadirin khususnya rakyat Terengganu mendapat manfaat dan kebaikan daripada ceramah Dr Zakir Naik ke negeri ini.

Langkah kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar mengadakan Dr Zakir Naik Terengganu Tour mendapat pujian dan penghargaan daripada rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik dan perbezaan agama.













Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top