.... Foto Polis Bantuan Gantung 'Penjenayah' Dikecam | AAKJ



TINDAKAN seorang polis bantuan yang memuat naik gambar seekor anjing putih yang dijerut sehingga mati, mendapat kutukan pengguna alam maya.

Baca: 

Pengguna akaun Facebook, Fadzly Mezah yang bekerja di bahagian keselamatan, Malaysia Airports telah memuat naik gambar seekor anjing digantung sampai mati ke laman Facebook Group Kelab Penternak Itik dan Angsa Malaysa.

Difahamkan, dia berbuat demikian akibat anjing tersebut telah menyerang beberapa ekor angsanya.

“Penjenayah dihukum ganting sampai mati,” tulisnya di ruangan gambar.

Gambar yang telah tersebar dengan meluas itu membuatkan Fadzly dihentam teruk oleh netizen dan akibat tidak tahan dengan pelbagai kecaman, dia menyahaktifkan akaun Facebooknya.

Laman pencinta haiwan Malaysia Independent Animal Rescue mengatakan laporan polis telah dibuat oleh seorang aktivis haiwan, Puspa Rani pada 16 April lalu.

“Siasatan akan dilakukan dibawah Inspektor Zukhairi yang akan menyoal siasat pelaku, Fadly Mezah dan segala keterangannya akan diambil berhubung tindakan pelaku yang jelas menzalami haiwan,” jelas Puspa.

Sebuah petisyen juga telah diwujudkan Netizen yang mana mendesak lelaki terbabit dikenakan hukuman yang setimpal akibat tindakannya itu.-MYNEWSHUB.CC

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top