.... Edaran Segera: Foto Suspek Miliki Bom Di Damansara | AAKJ




Polis memburu Ng Woon Chieh @ Ah Chong, 37, kerana disyaki memiliki lima bom buatan sendiri yang ditemui di sebuah kondominium di Damansara Perdana pagi tadi, malah suspek juga sudah meletupkan bom di sebuah rumah di Jalan Wan Empok, Sri Petaling, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainudin Ahmad berkata, dalam kejadian jam 1.30 pagi, suspek bersama dua rakannya pergi ke rumah berkenaan dan memukul seorang lelaki berusia 48 tahun sehingga cedera.

"Mereka mencari seorang wanita warga Vietnam dipercayai bekas teman wanita lelaki yang dipukul itu. Suspek meletakkan objek dipercayai bom dalam bilik di rumah itu

"Mangsa mendengar beberapa letupan dari bilik berkenaan dan pada masa sama, dia dipukul hingga pengsan.

"Mangsa dan keluarga (ibu dan bapanya) diselamatkan dalam keadaan bergari dan dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)," katanya.

Zainudin berkata, berikutan kejadian itu, polis menyerbu sebuah unit kondominium di Metropolitan Square, Damansara Perdana, dan menemui lima bahan letupan berkenaan.

Selain Ah Chong, polis turut memburu Chow How Luen, 39, yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu dan memiliki bom buatan sendiri. 

Ng Woon Chieh @ Ah Chong diburu polis kerana disyaki memiliki bom buatan sendiri. - Foto Ihsan PDRM - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/131294#sthash.IyqB9a86.dpuf

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top