.... Dr Zakir Naik: Ibu Nina Grace Restu, Bapa Belum | AAKJ



Keazaman pelajar Woo Nina Grace untuk memeluk Islam di hadapan penceramah antarabangsa Dr Zakir Naik memberi kejutan kepada ibu bapanya yang tinggal di Pasir Gudang, Johor. Grace, 19, berkata ibunya yang mengetahui penukaran agamanya melalui laman sosial dapat menerima pengkhabaran itu namun tidak bagi bapanya. 

Baca: 


“Mengenai keluarga saya, ibu bapa memang terkejut apabila mendapat tahu saya memeluk Islam kerana sebelum ini saya mendalami ajaran Islam termasuk membaca beberapa surah Al-Quran secara rahsia tanpa pengetahuan mereka.

“Ibu dan ayah tidak tahu saya ingin memeluk Islam sehinggalah video dan berita mengenai hal ini tersebar di media dan laman sosial.

“Walaupun terkejut, ibu dapat menerima keputusan yang saya buat ini tetapi ayah masih belum sedia menerimanya,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top