.... Doraemon Tawar Masuk Sarawak Guna 'Pintu Suka Hati' | AAKJ



Iliusi penulis malaysiakini:
Doraemon, menawarkan penggunaan laluan dimensi Pintu Suka Hati untuk pemimpin pembangkang yang dilarang masuk ke Sarawak menjelang pilihan raya negeri itu 7 Mei ini.

Katanya, beliau berasa sedih terhadap penggunaan kuasa sebegitu, setelah diberitahu rakannya Pahlawan Ubah mengenai nasib pemimpin PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH).

“Malah, bapa Ubah yang manusia pun diharamkan.

“Jadi saya putuskan untuk tawar pintu dimensi saya.

“Seperti yang sebahagian kamu sudah tahu, Pintu Suka Hati membenarkan seseorang itu membukanya dan melangkah ke mana-mana tempat yang dimahukannya,” kata kucing canggih itu.

Doraemon memberitahu Malaysiakini perkara itu, ketika ditemui dalam sebuah perhimpunan membantah penggunaan kulit burung unta untuk penyediaan beg tangan mewah semalam.

Menurut Doraemon, penggunaan pintu itu tidak melanggar mana-mana undang-undang.

Ia sebaliknya, katanya, hanya memanipulasi hukum fizik dengan merenggangkan jarak dan masa kepada satu titik kontinum.

“Saya pun tak tahu bagaimana ia berlaku. Kalau nak tahu kamu kena tanya Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau,” katanya.

Video Trudeau menjelaskan konsep perkomputeran kuantum sebelum ini menjadi viral di Internet.

Doraemon berkata, beliau mengambil keputusan membantu pembangkang kerana sukakan “Uncle Kit” dan “Brother Pua”.

Kucing itu turut mempersembahkan demontrasi penggunaan pintu itu, yang menyaksikan bagaimana seseorang itu boleh melepasi pemeriksaan imigresen.

Malaysiakini sudah menghubungi perdana menteri Kanada bagi mendapatkan ulasannya berkaitan mekanisme pintu itu.


Apa yang anda fikirkan dengan artikel portal totok pakatan harapan ini?

Bagaimana pun mengikut
tinjauan Merdeka Centre:
 
Satu daripada tiga pemilih menyokong langkah Sarawak menyekat kemasukan pemimpin pembangkang semenanjung ke negeri itu.

Dapatan ini berdasarkan tinjauan Merdeka Centre melibatkan 815 pemilih di Sarawak antara 20 hingga 26 Januari lalu.

Daripada jumlah itu, 38 peratus responden terdiri daripada bumiputera bukan Islam, 36 peratus Cina dan 27 peratus bumiputera beragama Islam.

Pemilih ditanya berapa banyak mereka menyokong atau menentang dasar baru yang dilaksanakan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem.

Seramai 35 peratus menyokong sekatan terhadap personaliti pembangkang.

Bumiputera bukan Islam adalah kumpulan terbesar yang bersetuju dengan dasar ini dengan 42 peratus, diikuti bumiputera Islam (39 peratus) dan Cina (24 peratus).


Kesimpulannya, walaupun sample yang digunakan oleh Merdeka Centre itu tidak 100% tepat namun jumlah yang bersetuju sekatan harus dibuat itu sudah cukup untuk menjelaskan hasrat rakyat Sarawak ingin pilihanraya negeri berlalu dengan aman.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top