.... Besut: Video Dr Zakir Ucap Terima Kasih Kepada Hindraf | AAKJ




Ceramah Siri Jelajah Ketiga Tokoh pendakwah terkenal Dr. Zakir Naik di Sekolah Menengah Imtiaz YT Besut malam ini menjadi gamat selepas beliau mengucapkan terima kasih kepada pertubuhan Hindraf, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang dan MIC. 

Baca: 

Dengan nada menyindir, beliau mengatakan yang tindakan Hindraf melemparkan kritikan dan kecaman telah menyebabkan Dr. Zakir mendapat publisiti percuma di laman sosial.

Beliau meminta mana-mana pihak yang mempunyai kemusykilan tentang Islam agar datang ke siri ceramah untuk sesi soal jawab bersamanya.

Menurutnya, situasi berkenaan juga berjaya menyatukan umat Islam di Malaysia yang bersama-sama membuat desakan agar ceramah Dr. Zakir di Melaka yang dibatalkan sebelum ini telah berjaya diteruskan.

Dr. Zakir Naik menegaskan yang beliau tidak pernah menghina mana-mana agama kerana Islam melarang perbuatan tersebut dan ia juga adalah satu tindakan yang salah.

Sebelum ini juga Timbalan Setiausaha Agung DAP, P Ramasamy menggelar Dr Zakir Naik sebagai ‘setan’, ini merupakan sikap kurang ajar parti rasis dan cauvinis terhadap umat Islam.

Siri Jelajah Ketiga Dr Zakir Naik di Besut telah berjaya menarik 40 ribu pengunjung termasuk dari Kelantan yang menbanjri segenap tempat di Sekolah Menengah Imtiaz YT. – Terengganu Times

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top