.... Alasan Tergesa-gesa Untuk “Habiskan” Najib | AAKJ



Bagi anda yang tidak begitu faham Bahasa Malaysia dan tidak boleh memahami apa yang A. Kadir Jasin katakan di bawah, tidak perlu risau. Kesimpulannya, beliau kononnya mempunyai maklumat tetapi dia tidak boleh memberitahu kita apa yang dia ada dan tidak lama lagi kita akan tahu sesuatu yang dia tidak boleh memberitahu kita tersebut.

Baca juga: 

Ianya seperti zaman kanak-kanak apabila rakan memberitahu kita bahawa dia tahu rahsia tetapi dia tidak boleh memberitahu kita apa rahsia tersebut. Kemudian rakan anda akan menyeringai penuh kepuasan mengetahui bahawa dia tahu sesuatu yang kita semua tidak tahu.

Jadi apakah yang Kadir tahu yang kita tidak tahu dan yang dia tidak boleh memberitahu kita dan yang dalam masa terdekat kita akan mengetahui? Ia sepatutnya menjadi sesuatu yang menghancurkan bumi. Ia sepatutnya menjadi ibu semua cerita. Ia sepatutnya menjadi acara untuk menaungi semua acara.

Sebenarnya saya tahu apa yang Kadir tahu dan yang dia tidak akan memberitahu kita dan yang kita sepatutnya mengetahui dalam masa terdekat dan yang merupakan acara yang akan menggoncang bumi dan langit (dan mungkin neraka juga). Memandangkan Kadir tidak akan memberitahu andamaka biarlah saya memberitahu anda.
Kadir tetap Kadir, iaitu kuda Tun Dr Mahathir Mohamad dan watak utama dalam ANC (Kempen Anti-Najib), apa sahaja rahsia beliau simpan hanyalah yang boleh memihak kepada ANC dan tidak baik untuk Perdana Menteri Najib Tun Razak.

Adakah ini bermakna pengakhiran Najib? Adakah kita akan melihat Mukhriz lebih dekat dengan pejabat Perdana Menteri? Kadir memberitahu kawan-kawannya bahawa bulan ini iaitu bulan April akan menjadi bulan terakhir untuk Najib. Saya pernah mendengar perkara itu sebelum ini. Pertama, pada Julai 2015, kemudian pada bulan Ogos, kemudian pula September, Oktober, November dan Disember. Kini April 2016 pula.

Tetapi kenapa tergesa-gesa? Jika ia adalah benar bahawa sekiranya Najib masih Perdana Menteri ketika itu Barisan Nasional dan Umno akan ditendang keluar dalam pilihan raya umum akan datang pada 2018, mengapa tidak hanya menunggu dua tahun lagi dan kemudian Barisan Nasional dan Umno akan ditendang keluar dan dalam masa yang sama Najib akan ditendang keluar bersama-sama dengan parti?

Mereka tidak boleh menunggu atas dua sebab. Sebab pertama adalah mereka tidak mahu Barisan Nasional dan Umno untuk ditendang keluar. “Tetapi Mahathir dan ANC bekerja dengan pembangkang?” Anda boleh mempersoalkan.

Salah. Mahathir tidak berkerjasama dengan pembangkang. Beliau hanya mempergunakan pembangkang untuk menggulingkan Najib. Namun pembangkang fikir mereka mempergunakan Mahathir untuk menendang keluar Barisan Nasional dan Umno.

Izinkan saya menjelaskan dengan lebih terang. Biasanya, pelanggan berjumpa pelacur dan membayar pelacur untuk berzina. Dalam kes Mahathir, dia dapat berzina dengan pelacur dan pelacur membayar beliau pula. Itulah Pakatan Rakyat : pelacur yang dapat ditiduri dan kemudian membayar untuk itu pula.

Bagaimanapun, sebab kedua untuk tergesa-gesa adalah kerana Gabenor Bank Negara hanya mempunyai kira-kira sebulan lagi sebelum dia bersara. Jadi, jika mereka mahu bertindak, mereka perlu melakukannya dalam tempoh sebulan ini. Atas sebab tersebut, Kadir berkata kita tidak perlu lama menunggu untuk mengetahui apa rahsia yang beliau simpan dan yang dia tidak boleh memberitahu kita.

Sebelum itu, biarlah saya imbas semula apa yang saya katakan di pertengahan tahun lepas mengenai empat pegawai yang sangat kanan Bank Negara yang terlibat dalam konspirasi untuk menggulingkan Najib. Saya juga telah menyebut nama-nama mereka.

Keesokkan harinya, Bank Negara mengeluarkan kenyataan akhbar menafikan dakwaan itu. Mereka kemudian membuat laporan polis dan memanggil peguam mereka untuk bermesyuarat. Mereka merancang akan menyaman saya kerana fitnah.

Menurut sumber, di dalam bilik mesyuarat, peguam menasihatkan Bank Negara untuk mendakwa saya hanya jika mereka tidak mempunyai apa yang hendak disembunyikan. Walau bagaimanapun, jika tangan mereka tidak benar-benar bersih, maka mereka perlu mengambil kira rancangan untuk menyaman saya kerana ia akan memakan diri mereka kelak.

Bank Negara kemudian membuat keputusan untuk menggugurkan rancangan untuk menyaman saya. Jadi, apa yang anda fikirkan? Adakah tangan mereka bersih atau kotor? Jika tangan mereka bersih mengapa mereka berundur daripada menyaman saya? Mengapa peguam mereka membangkitkan hal ini? Adakah peguam itu tahu bahawa tangan Bank Negara tidak bersih, oleh itu, beliau menasihatkan Bank Negara untuk berfikir dengan teliti sebelum menyaman saya?

Bagaimanapun, pada 2 Julai 2015, The Wall Street Journal (WSJ) mengeluarkan artikel berdasarkan apa yang mereka dakwa dokumen berkaitan dengan suatu penyiasatan ke atas RM2.6 bilion wang 1MDB yang dipindahkan ke akaun bank peribadi Najib.

Cerita tersebut disiarkan pada 2 Julai 2015. Oleh itu, mereka mesti menerima dokumen-dokumen sebelum itu, mungkin pada Jun atau lebih awal. WSJ berkata mereka telah melihat dokumen-dokumen berkenaan siasatan oleh pihak berkuasa Malaysia.

Peguam Negara, Gani Patail, seterusnya berkata, beliau menerima dokumen pada 4 Julai 2015. Iaitu dua hari selepas laporan WSJ tersebut. Siapa yang memberikan dokumen? Bank Negara, sudah tentu. Jadi Gani menerima dokumen dua hari selepas WSJ mengeluarkan cerita, menurut kenyataan rasmi.

Kemudian mereka mengumumkan pada 8 Julai 2015 yang satu Pasukan Petugas Khas sedang dilancarkan untuk menyiasat cerita WSJ itu. Jadi itu bermakna tiada siasatan telah dilakukan lagi. Ia hanya dilakukan selepas 8 Jul 2015. Jadi siasatan apa yang WSJ maksudkan? Kertas siasatan apa yang mereka maksudkan?

Sebenarnya tidak ada siasatan dan tidak ada kertas siasatan. Siasatan itu tidak wujud dan kertas siasatan itu adalah palsu. WSJ telah ditipu dan mereka tergesa-gesa mengeluarkan cerita berdasarkan dokumen palsu. Siasatan hanya bermula selepas cerita WSJ pada 2 Julai 2015, selepas 8 Jul 2015, sebenarnya.

Kemudian, pada 30 Mac 2016, WSJ mengeluarkan cerita lain pula, versi terkini. Dan kali ini mereka berkata USD 700 juta adalah US $ 1 bilion dan wang itu adalah sumbangan dari Timur Tengah. Kali ini mereka nampaknya telah mendapat sebahagian daripada cerita yang betul dan cerita yang sangat berbeza daripada 2 Julai 2015.

Dalam cerita pada 30 Mac 2016, sama seperti cerita 2 Julai 2015 cerita, WSJ berkata mereka telah melihat dokumen-dokumen dan kertas siasatan.

Jadi, dua penyiasatan yang berbeza dan dua kertas siasatan yang berbeza – satu laporan pada 2 Julai 2015 dan satu lagi pada 30 Mac 2016. WSJ berkata mereka memiliki dokumen dan telah meneliti dokumen tersebut. Persoalan yang perlu ditanya, bagaimana mereka memiliki dokumen tersebut?

Polis cuba menyiasat perkara tersebut. Suspek utama adalah Bank Negara. Seseorang atau beberapa orang dalam Bank Negara memberi WSJ dokumen palsu pada atau sekitar bulan Jun tahun lepas dan bulan lepas, memberikan mereka satu lagi set dokumen yang berbeza.

Seseorang atau beberapa orang akan dipenjarakan atas sebab ini. Gabenor Bank Negara “terkencing” dalam seluar kerana semua ini menjurus ke arahnya. Dia hanya mempunyai satu bulan lagi untuk bersara: sama ada beliau bersara atau dipenjarakan.

Jadi dia tidak rugi apa-apa. Apabila anda tidak rugi apa-apa maka anda terpaksa kecundang. Jadi dia merancang untuk mendapatkan Najib sebelum Najib mendapatkan dia. Itu adalah rahsia Kadir sebenarnya. Gabenor Bank Negara mahu Najib ditangkap sebelum dia sendiri ditangkap.

Dia terpaksa menjelaskan beberapaperkara. RM2.6 bilion (atau RM4.2 bilion) tidak sedikit jumlahnya. Bagaimana jumlah yang besar boleh masuk ke Malaysia tiga tahun lalu tanpa mencetuskan apa-apa amaran penggera apabila hanya RM100,000 pun akan menghantar isyarat loceng penggera meraung seperti polong?

Sebenarnya, saya telah menjelaskan tentang perkara ini. Mula-mula Najib membincangkan perkara ini dengan Gabenor dan menjelaskan dari mana wang itu datang dan untuk apa, kemudian Gabenor menasihatkan Najib untuk meletakkan wang tersebut ke dalam akaun bank peribadinya. Ia akan menjadi lebih mudah kepada Bank Negara dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, jika wang itu tidak dimasukkan ke dalam akaun bank Umno.

Wang tersebut bukan daripada sumber haram. Tidak ada jenayah yang terlibat. Tiada pengubahan wang haram yang terlibat. Dan wang itu tidak diseludup ke Malaysia. “Jadi hanya letakkan ia ke dalam akaun peribadi anda,” kata Bank Negara.

Polis akan melaporkan sedemikian. Jadi, jika Bank Negara mengatakan sebaliknya, maka tanpa ragu-ragu mereka cuba untuk memerangkap Najib. Bukannya Gabenor Bank Negara yang menahan Najib, sebaliknya Zeti yang akan ditangkap akhirnya.

Wahai pembaca, itulah sebab mengapa mereka berada dalam keadaan tergesa-gesa untuk mendapatkan Najib – kerana jika mereka lambat maka mereka pula yang akan berakhir di dalam penjara. Jadi, Kadir, itu adalah rahsia yang anda tidak boleh memberitahu kita, bukan? Oh, maaf, “have I stolen the thunder from you?”

Peristiwa penting akan berlaku?

A Kadir Jasin, Harakah Daily

Ada beberapa perkembangan yang mengganggu fikiran saya yang saya hendak kongsi dengan pembahas dan pembaca sekalian.

Sebelum dan selepas Tengku Razaleigh Hamzah mengikrarkan sokongan beliau kepada Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone), Mohd Najib Abdul Razak pada 24 Mac, saya telah menerima beberapa mesej “anonymous” melalui blog ini dan sistem pesanan ringkas (SMS).

Kesemuanya dalam bentuk rahsia atau untuk makluman saya sahaja.

Sebagai wartawan, maklumat seperti ini amat saya hargai tapi pada masa yang sama menyebabkan saya dalam dilema – serba salah sama ada menghormati amanah agar tidak dihebahkan atau mencari jalan pintas untuk menyiarkannya.

Saya kenal salah seorang yang menghantar maklumat sulit itu. Dia amat akrab dengan Tengku Razaleigh sehinggalah Tengku Razaleigh menandatangani “Deklarasi Kelantan” itu. Kami sama-sama mengenali Tengku Razaleigh hampir 40 tahun.

Kata kawan saya itu, setelah apa yang Tengku Razaleigh lakukan dia tidak lagi hormat dan percaya kepada bekas menteri kabinet itu dan lantas mengikrarkan sokongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad walaupun ada masa dia tidak bersetuju dengan bekas Perdana Menteri itu.

Penghantar-penghantar mesej tanpa nama yang lain memang tidak saya kenali walaupun mereka mungkin pembahas blog ini yang menggunakan nama samaran.

Ada perkara dalam mesej mereka yang menyamai pandangan saya mengenai muslihat tersurat dan tersirat Tengku Razaleigh tiba-tiba mengubah hala menyokong Mohd Najib. Ada juga yang bercanggah dengan pendapat saya.

Mereka kata, Tengku Razaleigh tidak makan dedak!

Salah seorang daripada mereka begitu yakin dan terperinci (precise) memberitahu saya bahawa sesuatu yang penting akan berlaku dalam masa singkat. Beliau memberi bilangan hari. Mesej itu dihantar sebelum Tengku Razaleigh berikrar setia kepada Mohd Najib.

Yang terbaru, seorang pembaca menghantar maklumat menggunakan pengenalan “anonymous” dengan pembuka kata “sekadar utk pengetahuan Dato (bukan untuk siaran).”

Beliau pun mempunyai maklumat yang lebih kurang sama iaitu tindakan Tengku Razaleigh mempunyai matlamat tersirat yang akan jadi kenyataan dalam jangka masa terdekat.

Saya tidak boleh dan tidak akan mengulas lebih lanjut kerana menghormati permintaan mereka. Cuma saya berharap mereka ikhlas memberi maklumat sambil cuba membuktikan yang mereka ada maklumat dalaman.

Kita tunggu dan tengok apa yang akan berlaku dalam “masa terdekat” itu.

Moga-moga Allah menganugerahkan kita yang terbaik. Kita sudah cukup menderita akibat perbuatan Mohd Najib.

Wallahuaklam.

Malaysia Today

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top