.... "Parol Seorang Penjenayah Liwat", Nurul Izzah Cuba Bodohkan Rakyat Malaysia | AAKJ



Anggota keluarga Anwar Ibrahim lagi sekali cuba bodohkan rakyat Malaysia bila cuba membuat penjelasan kenapa mereka tidak memohon PAROL untuk jenayah yang Anwar lakukan. Mereka kononnya membuat kenyataan tidak akan cuba mendapatkan parol untuk pemenjaraan ketua umum PKR itu, kata anaknya Nurul Izzah.

Baca: 


Nurul Izzah turut mengulas pemberian parol kepada bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo.

“Tidak, kes kami jelas, Anwar tidak bersalah,” tegasnya kepada media di parlimen hari ini.

Sebaliknya, kata Nurul, pihaknya sudah dua kali merayu kepada Lembaga Pengampunan terhadap hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar. Apakah dengan memohon keampunan menunjukkan Anwar tidak bersalah?

Dalam masa yang sama, katanya, mereka juga akan menyaman pihak berkuasa penjara dan kerajaan.


Mungkin Nurul terlupa rakyat tidak sebodoh yang dia sangkakan:
Mengikut Akta Penjara (Pindaan) 2008 [A1332], kesalahan jenayah seksual tidak layak mendapat Parol.

"the offences exempted from parole are under Section 121 for waging war against the Agong, Section 194 for giving false statement with the intention to causing others to be sentenced to death, Section 304(a) for causing death, Section 376 for rape and Section 276B, Section 377B and Section 377C for carnal intercourse against the order of nature."

Khir semalam diberikan parol selepas menjalani hukuman penjara enam bulan atas kesalahan menggunakan kedudukan untuk memperoleh tanah dan sebuah banglo di Shah Alam, sembilan tahun lepas.

Tiba di kediaman keluarganya di Shah Alam awal malam semalam, beliau perlu melaporkan diri ke pejabat Lembaga Parol di Klang setiap minggu dan perlu mematuhi 41 syarat selama tempoh parol.

Antara syarat parol, Khir mesti berada di sekitar Shah Alam dan Petaling Jaya, berada di rumah antara 7 malam hingga 7 pagi dan tidak boleh keluarkan kenyataan kepada media.

Melalui sistem parol, banduan akan menjalani baki hukuman di luar penjara untuk tinggal bersama keluarga. Khir dijatuhi hukuman penjara 12 bulan.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top