.... Mat Sabu Perlu Dedah Dari Mana Datangnya RM200,000 | AAKJ




Pakatan Harapan mendakwa telah berjaya mengumpul derma RM200,000 untuk Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu membayar saman fitnah yang dikemukakan keatasnya oleh bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar. 

Baca: 


Pengelola program #SahabatMatSabu dalam satu kenyataan media mendakwa, akaun tabung kutipan derma untuk Mohamad yang lebih popular dengan Mat Sabu akan diaudit dalam masa terdekat dan jumlah rasmi juga akan diumumkan.

“Adalah dimaklumkan bahawa kutipan derma untuk Mat Sabu yang dijalankan oleh ‪#‎SahabatMatSabu‬ telah berjaya mencecah RM200,000. Dengan ini diumumkan bahawa, tabung ini akan ditutup secara rasmi,” kata kenyataan itu hari ini.
 

Februari lalu Mat Sabu yang juga Presiden PAN berdepan dengan tuntutan muflis selepas gagal membayar hutang kes saman fitnah membabitkan Wan Ahmad.

Peguam Wan Ahmad, Noor Hazira Abu Haiyan dipetik berkata, notis kebankrapan disampaikan kepada Mat Sabu pada 3 Febuari lalu, tetapi pemimpin pembangkang itu tidak mematuhinya.

Mat Sabu kemudian meminta bantuan orang ramai mengumpul dana untuk beliau membayar saman itu, namun permintaannya dicemuh ramai pihak termasuk ahli dan penyokong PAS.

PAN mengkritik PAS kerana lepas tangan dalam kes saman dihadapi Mat Sabu sedangkan kes itu berlaku sewaktu Mat Sabu masih memegang jawatan Timbalan Presiden PAS. – MYNEWSHUB.CC

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top