.... Mahathir, Kit Siang Dan Dedak | AAKJ



Oleh Amin Yatim

1. Tun Mahathir kecewa apabila ramai ahli dan pemimpin bawahan UMNO marah kerana beliau berada bersama Kit Siang dalam usaha menjatuhkan Dato Seri Najib.

2. Beliau tidak patut kecewa kerana inilah budaya yang beliau ajar kepada ahli UMNO sejak dahulu demi menjaga kepentingan diri dan kroni. Mahathirlah orang yang melaung-laungkan parti mengatasi kepentingan individu. Mahathirlah yang mengecam Tunku Abdul Rahman, Tun Hussien Onn, Tengku Razaleigh Hamzah dan Rais Yatim kerana bersama pembangkang menentang beliau.

3. Jika Mahathir rasa Lim Kit Siang hari ini betul dan benar kerana mahu menjatuhkan Najib Razak, apakah Kit Siang salah kerana mahu menjatuhkan beliau suatu ketika dulu atas tuduhan rasuah dan kronisme? Perlukah kita ulang-ulang isu Jambatan Pulau Pinang, BMF, Perwaja, PLUS, Renong, Forex Bank Negara dan lain-lain lagi? Tidak perlu kerana itu semua tentu bukan salah Mahathir yang mudah lupa.

4. Ahli UMNO pekak dan bisu pada zaman Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim bergandingan. Suatu ketika ahli UMNO tetap sokong Tun Mahathir walau bermacam pandangan Tun mengenai Islam sangat mengecilkan hati orang Islam termasuk kononnya nabi menyimpan janggut kerana tiada “gillete” ketika itu.

5. Memang betul Ketua-Ketua UMNO Bahagian menerima peruntukan berjuta ringgit untuk disalurkan kepada rakyat. Salahkah mereka menerima peruntukan membantu sekolah agama rakyat, sekolah jenis kebangsaan, memberi bantuan kepada orang miskin dan anak-anak sekolah.

6. Pada Mahathir yang lupa daratan bantuan seperti ini mungkin bertaraf dedak sahaja. Tapi kepada orang biasa bantuan-bantuan ini meringankan beban kehidupan mereka. Pernah Mahathir beri dulu? Hampir kesemua wang negara diberikan kepada kroni-kroni beliau dalam bentuk subisidi elektrik, gula, beras dan petrol.

8. Mahathir mengkritik pelaksanaan GST seolah-olah beliau ada penyelesaian lain yang boleh menstabilkan ekonomi negara. Mahathir meninggalkan legasi Lebuh raya, Putrajaya, Cyberjaya, KLCC, KLIA dan pelbagai mercu tanda lagi. Namun semua legasi ini datang dengan kos yang tinggi.

9. Siapakah yang menaggung kos pembayaran semula dan pengurusan kesemua pembangunan ini? Pandainya Mahathir beliau membuat perjanjian tol yang harga murah kemudian meningkat tinggi berpuluh kali ganda bertahun kemudian. Sekiranya kerajaan tidak benarkan kenaikan, kerajaan perlua bayar ganti rugi berbilion ringgit kepada syarikat pemilik konsesi. Siapa yang perlu menanggung ini? Sudah tentu Perdana Menteri selepas beliau.

10. Semua orang berbangga Mahathir membina Putrajaya. Soalnya siapa yang menanggung kos Putrajaya sekarang? Kerajaan terpaksa membayar “lease” Putrajaya kepada Putrajaya Holdings sekitar RM1.7 bilion setahun selama 25 tahun. Dari mana kerajaan mahu mencari duit membayar ini?

11. Mahathir juga telah mewujudkan gergasi-gergasi Pembekal Janakuasa Elektrik Bebas (IPP) yang diberi subsidi bahan api, dan dipaksa Tenaga Nasional Berhad (TNB) membayar harga penuh penghasilan elektrik. Hasilnya, keuntungan TNB kian merosot dan menyebabkan pengguna terpaksa menanggung kos yang tinggi.

12. Memang zaman Mahathir kos inflasi tidak ketara kerana beliau menangguhkan segala-galanya untuk masa depan. Dari harga tol, petrol sehinggalah kos pembangunan dan pengurusan mega projek zaman beliau disusun supaya ditanggung pada generasi akan datang lebih tinggi dari zaman beliau.

13. Sangat memalukan membaca tulisan Mahathir menyindir Ketua-ketua UMNO Bahagian sebagai pemakan dedak. Dari negarawan Tun Mahathir sudah menjadi tak ketahuan.

14. Memang Tun tidak makan dedak kerana Tun dan keluarga makan makanan di raja. Juta-juta bagi Tun Mahathir umpama dedak sahaja. Kalau tak ada angka ratusan juta dan bilion bukan taraf keluarga Tun, baik anak beranak seperti Mukhriz, Mirzan dan Mokhzani, mahu pun kepada anak saudara dan ipar duai.

15. Tidak mengapalah jika kami ambil dedak asalkan dedak tersebut dapat membantu rakyat marhaen dari Perlis sehingga ke Sabah dan Sarawak.-MYKMU.NET

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top