.... Mahathir Akhirnya Akui Mahu Mukhriz Jadi Perdana Menteri | AAKJ



Dr M: Bukan kita yang tentukan siapa PM yang seterusnya, mungkin bukan Zahid (Malaysiakini) – Mantan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata hari ini bahawa ‘Selamatkan Malaysia’ bukan tempat untuk menentukan siapa Perdana Menteri yang seterusnya.

Mahathir menekankan bahawa keutamaan kumpulan itu kini adalah untuk menyingkirkan Najib daripada jawatannya.

“Selepas itu, kita akan memutuskan siapa yang menjadi Perdana Menteri. Ia bukan untuk kita untuk menamakan Perdana Menteri daripada sini atau di sana. “
“Perkara utama adalah beliau ( Najib) mesti disingkirkan kerana beliau menjadi penghalang utama,” katanya dalam sidang media selepas tamatnya Kongres Rakyat Selamatkan Malaysia di Shah Alam hari ini.

Beliau berkata secara konvensyen, Perdana Menteri adalah pemimpin parti yang memegang kerusi terbanyak di Dewan Rakyat.

Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna Naib Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi akan mengambil alih sebagai PM sekiranya Najib digulingkan. “Tidak semestinya,” katanya.
Kita dapat memahaminya. Walaupun ramai yang menyangkal apa yang telah saya katakan selama ini, akhirnya ia terbukti benar. Bukankah saya pernah mengatakannya sebelum ini? Ia mungkin mengambil masa selama lima tahun ataupun 10 tahun, tetapi akhirnya ia terbukti benar.

Baca:


Bukankah itu menjadikan saya Blogger nombor satu di Malaysia? Berapa ramai Blogger yang mampu katakan bahawa separuh daripada pembaca mereka adalah orang yang membenci mereka? Itu yang berlaku dengan Malaysia Today. Lebih daripada separuh yang melawat Malaysia Today dan membaca apa yang saya tulis adalah orang yang membenci saya. Apa yang boleh saya katakan? Saya adalah seorang Blogger yang dibenci oleh mereka. Jadi, silalah benci saya. Tetapi, apa yang saya katakan setahun lalu terbukti benar. Ia telah dibuktikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri.

Pertama sekali, beliau mengakui bahawa beliau mahu Perdana Menteri Najib Tun Razak disingkirkan dengan cara tidak berperlembagaan. Beliau juga berkata tiada peruntukan dalam Perlembagaan untuk Yang Di-Pertuan Agong menyingkirkan Perdana Menteri tetapi beliau masih mahu Agong berbuat demikian.

Sekiranya anda tidak tahu, itulah yang dipanggil ‘coup d’etat’ (penggulingan atau rampasan kuasa yang dimulakan oleh sekumpulan kecil untuk menjatuhkan dan rejim yang ditubuhkan dan menggantikannya dengan pemerintahan yang baru).

Kedua, Mahathir mengaku bahawa beliau tidak mahu membincangkan lagi siapa yang patut menggantikan Najib sebagai Perdana Menteri sekiranya mereka berjaya melancarkan rampasan kuasa yang tidak berperlembagaan tersebut. Itu hanya akan dibincangkan selepas Najib digulingkan.

Pendek kata, gulingkan Najib dahulu, dan kemudian tentukan siapa yang patut mengambil alih. Hmm … ini bunyi seperti Nigeria pada tahun 1960-an . Dan sehingga hari ini, 50 tahun kemudian, ramai yang masih dibunuh setiap hari di Nigeria (semasa saya menulis ini, seorang Kolonel baru sahaja diculik ).

Ketiga, Mahathir tidak mahu Muhyiddin atau Ahmad Zahid Hamidi sebagai pengganti Najib. Oleh itu, siapa yang beliau mahu sebagai pengganti Najib? Kita tidak akan bercakap mengenainya sekarang. Kita akan bincang mengenainya kemudian selepas Najib digulingkan.

Mengapa? Kerana jika kita bercakap mengenainya sekarang, maka Mahathir perlu mengaku bahawa beliau mahu anaknya Mukhriz sebagai Perdana Menteri yang baru. Hakikat bahawa beliau tidak akan mengatakannya adalah sama seperti pengakuan bahawa beliau mahu Mukhriz sebagai PM.

Saya bertemu dengan Mahathir pada malam 1 Mac 2015 di rumahnya di London. Mesyuarat itu diatur oleh jutawan Cina yang saya sering bercakap tentangnya tetapi setakat ini tidak pernah diberitahu nama. Mokhzani berada di sana dan beliau sebenarnya memberitahu beberapa rakan-rakan mengenai mesyuarat itu (dan mereka pula memberitahu saya bahawa Mokhzani telah memberitahu mereka).

Jadi mesyuarat itu bukanlah rahsia. Mungkin 100 orang tahu mengenainya ketika itu. Kini 500,000 pembaca Malaysia Today tahu mengenainya – dan mungkin juga 1 juta jika artikel ini disebarkan.

Tujuan mesyuarat ini adalah untuk saya menyertai ANC (Kempen Anti-Najib). Dan tugas saya akan sama seperti apa yang saya telah lakukan pada tahun 2008 – menyerang Najib. Tetapi kali ini saya tidak perlu menandatangani sebarang Akuan Bersumpah seperti pada Jun 2008. Saya hanya perlu menulis setiap hari (seperti sekarang) dan menyerang Najib.

Ia adalah mesyuarat dua jam tetapi pada akhir mesyuarat itu, sebelum saya membuat keputusan sama ada untuk menyertai ANC dan mula menyerang Najib, saya bertanya dua soalan. Soalan pertama adalah: siapa yang akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri apabila Najib digulingkan?

Mahathir tidak akan beritahu siapa. Jadi saya bertanya soalan kedua saya. “Bolehkah anda menerima Zahid Hamidi sebagai PM, Tun?”

Mahathir menjawab bahawa Zahid terlalu rapat dengan Anwar – yang bererti Mahathir tidak boleh menerima Zahid sebagai Perdana Menteri. Apa yang lebih penting, beliau tidak boleh menerima sesiapa sahaja yang dilihat rapat dengan Anwar sebagai Perdana Menteri (bermakna Mahathir masih tidak boleh berdamai dengan Anwar).

Mengapa Mahathir tidak menjawab bahawa memandangkan Muhyiddin adalah nombor dua, maka beliau harus mengambil alih jawatan PM daripada Najib? Zahid tidak rapat dengan Anwar. Jadi mengapa mengatakan bahawa anda tidak boleh menerima Zahid kerana beliau terlalu rapat dengan Anwar?

Pada 1 Mac 2015, iaitu ketika kami berjumpa beliau, walaupun amat ketara bahawa Mahathir sudah mempunyai calon sendiri tetapi beliau tidak mahu mendedahkannya kepada kami. Ini memandangkan calonnya adalah anak beliau sendiri, Mukhriz.

Namun itu tidak akan berlaku. Tengku Adnan Tengku Mansor telah memberi peringatan kepada ahli-ahli UMNO untuk tidak menghadiri perhimpunan Selamatkan Malaysia semalam. Mukhriz dan Muhyiddin, walaubagaimanapun, ingkar arahan parti. Jadi, bulan hadapan atau seterusnya, mereka berdua akan dipecat daripada UMNO.

Ia tidak perlu sampai ke Lembaga Disiplin UMNO. Majlis Tertinggi UMNO boleh memecat mereka. Jadi, jika Mukhriz mahu menjadi Perdana Menteri yang seterusnya, beliau perlu menjadi Perdana Menteri Pakatan Harapan. Dan untuk itu berlaku, Pakatan Harapan perlu memenangi pilihan raya umum akan datang terlebih dahulu.

Malaysia Today

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top