.... Kes Pelajar Kerat Lidah: Polis Sahkan Murid Tidak Dibuli | AAKJ



Dakwaan murid tahun dua yang lidahnya terpotong angkara dibuli oleh sekumpulan murid tahun tiga di sebuah sekolah rendah di Klang, Selangor, minggu lalu adalah palsu. 

Baca juga: 



Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, siasatan menyeluruh telah dijalankan dan pihak polis memutuskan yang mangsa tidak dibuli.

Jelasnya, kecederaaan murid tersebut iaitu Muhammad Alif Shukran Alias, 8, adalah berpunca daripada kecuaian diri sendiri yang ketika itu bermain gunting milik rakan sekelasnya.

“Semasa insiden itu berlaku Muhammad Alif Shukran dan rakan-rakannya berada di dalam kelas mengikuti sesi pembelajaran.

“Berdasarkan laporan yang dibuat guru sekolah itu turut mendapati, tiada sebarang keterangan sokongan yang boleh membabitkan pelajar lain dalam kes berkenaan.

“Pihak polis tidak menemui elemen yang boleh mengaitkan kes tersebut dengan gejala buli kerana kecederaan berlaku di dalam kelas dan mangsa dirujuk terus kepada Penolong Kanan untuk rawatan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor tadi.

Tambahnya, tiada sebarang tindakan akan diambil kerana Timbalan Pendakwa Raya berpuas hati dengan laporan hasil siasatan.

Minggu lalu, masyarakat Malaysia dikejutkan dengan berita seorang murid tahun dua yang mendakwa dirinya dipaksa menggunting lidahnya sendiri akibat dibuli oleh sekumpulan lima murid tahun tiga.

Insiden ini turut hangat diperkatakan di media sosial selepas beberapa keping gambar kejadian itu menjadi viral. – MYNEWSHUB.CC

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top