.... Himpunan Deklarasi Mahathir-Kit Siang: Hanya 200 Yang Hadir, Rafizi Dimalukan Dengan Jeritan 'BoOO' | AAKJ



MALAM ini pasti pemimpin parti pembangkang dan kumpulan ‘Anti-Najib’ mula takut untuk tidur malam. 

Baca: 


Bukan kerana risau tidak terjaga untuk solat Subuh atau keluar awal pagi ke pejabat, tetapi kerana usaha mereka untuk menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekali lagi menemui kegagalan.

Ia bukan lagi menjadi tragedi berdarah buat mereka, tapi telah menjadi suatu tragedi yang membuktikan rakyat semakin menolak segala pembohongan dan kata-kata nista dari Rafizi Ramli dan Tun Dr Mahathir Mohamed khususnya.

Keadaan di Padang MPAJ, Pandan Indah Apa tidaknya, program Muafakat Selamatkan Malaysia yang berlangsung pada malam Isnin, 28 Mac di kawasan parlimen Setiausaha Agung PKR itu amat menyedihkan kerana hanya mampu menarik minat kira-kira 200 hadirin sahaja.

Walaupun penganjur melewatkan acara daripada jam 8.00 malam kepada 9.15 malam, namun kumpulan ‘Anti-Najib’ ini masih tidak mampu mengumpul kumpulan sasaran untuk menyokong menifestasi mereka.

Jika dilihat daripada senario yang berlaku pada malam ini di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Pandan Indah, hampir pasti ia memberi petanda bahawa Rafizi akan di tolak di Parlimen Pandan pada pilihan raya akan datang.

Padang MPAJ, Pandan Indah Kehadiran hanya kira-kira 200 orang ini bukan disebabkan faktor cuaca atau persekitaran yang tidak strategik, namun ia lebih menjurus kepada perasaan rakyat yang sudah berasa mual dengan wakil rakyat yang popular dengan panggilan ‘sotong’ tersebut.

Disamping itu, rakyat juga sudah muak dengan siri penipuan dan ‘cakap tak serupa bikin’ daripada Dr Mahathir yang hanya ‘bernafsu’ mahu menjatuhkan Perdana Menteri, tetapi tidak menunjukkan minat untuk membantu rakyat dalam kesusahan.

Pastinya kumpulan ‘Anti-Najib’ tidak boleh menafikan lagi mengenai hakikat penolakan rakyat di Pandan terhadap mereka. Sudah jelas terpapar di Padang MPAJ sendiri, sokongan rakyat terhadap Rafizi hampir ke titik noktah terakhirnya.


Jeritan nakal oleh pemuda mana boOO tu?



 Tv14

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top