.... Gagal Isu Dana Politik: The Wall Street Journal 'Re-cycle' dan Cipta Fitnah Baharu | AAKJ



Boleh nampak dalam sehari dua ini WSJ yang dibantu oleh portal internet totok pembangkang, malaysiakini mula mainkan cerita fitnah tentang keborosan PM Najib berbelanja kononnya dari wang derma yang PM Najib perolehi. 

Baca juga: 



Gabungan media tempatan dan asing ini cuba perincikan bagaimana dan di manakah PM Najib dan keluarga berbelanja dengan membuat lakaran umpama 'money trail'. Masih menjadi tandatanya, kalaulah WSJ sudah memperolehi bukti atau ingin dedahkan, kenapa sehingga kini beluam ada satu pun lagi bukti yang ditayangkan. Resit pembelian pun WSJ tidak mampu paparkan. Apa yang mereka paparkan dalam artiel fitnah ini adalah gambarajah contengan kemana wang dibelanjakan.

Menggunakan angka baharu dan nama-nama tempat berbelanja baru hanya bertujuan kononnya inilah bukti terbaru yang WSJ miliki.

Cerita 'shopping' di Honolulu Hawaii, kisah berbelanja ketika bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat, cerita Datin Rosmah masuk ke kedai barangan wanita Chanel dan nama kedai kain Jakel juga dijadikan bahan fitnah rekayasa terbaru WSj yang disambut tanpa gagal oleh malaysiakini.

Malah plot 'shopping' dan nama-nama syarikat atau kedai jualan barangan kemas wanita juga tiba-tiba muncul kononnya ada pengakuan dari jurujual mereka. Pelikkah pengakuan jurujual tersebut dan kenapa tiada diambil pengakuan daripada jurujual kedai di KLCC ataupun di MidValley?

Untuk tambah menarik rekayasa tersebut, nama syarikat menjual kereta juga dipaparkan. Yang menjadi tandatanya, kenapa tiada sekeping gambar atau video atau rakaman cctv menunjukkan jenama kereta atau rakyat Malaysia melihat anak lelaki PM Najib sedang memandu kereta mewah tersebut.

Sukarkah untuk mengambil gambar kereta mewah yang menjadi bahan baru itu di parkir rumah Pm Najib?

Atau WSJ keliru antara kenderaan milik menantu dan kereta milik PM Najib atau anak lelaki PM Najib?

Sepatutnya WSj dan Malaysiakini boleh sahaja dapatkan butiran dari bank yang tertera nombor akaun kredit kad milik PM Najib. Strategi rajah 'money trail' digunakan ketika isu fitnah RM2.6 B, kini WSJ ulangi lagi cara yang sama demi upah yang mereka telah terima.


Mungkin WSJ malu atau cuba dapatkan perhatian daripada 'penaja' dengan mengeluarkan tuduhan fitnah yang kononnya terkini. WSJ mungkin tersedak apabila ABC Australia dilihat seperti 'pemain' baru dalam Liga Anti Najib. Mungkin WSJ terdengar ABC mendapat dana lebih daripada apa yang mereka pernah dapat dahulu.

 

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top