.... Cerita "M" Dalam Kepimpinan UMNO dan Negara | AAKJ




Sejarah kepimpinan UMNO dan negara menyaksikan beberapa nama besar yang bermula dengan huruf M.

Dulu kita ada gandingan 2M dalam kabinet, sekarang pun ada 2M tapi di luar kabinet.

Apakah bezanya M dulu dan sekarang?

2M dulu gandingan kepimpinan mantap dalam UMNO, tapi 2M sekarang gandingan penghasut dan pengkhianat untuk memecah-belahkan perpaduan UMNO, bangsa Melayu dan rakyat Malaysia.

2M dulu sudah menjadi sejarah, 2M sekarang pun nak tempah sejarah juga tapi sebagai Penghasut dan Pengkhianat dalam sejarah moden UMNO.

Terdapat 1M yang hidup sejak PM yang pertama sehinggalah yang ke-6 sekarang. Si fulan ini 1M ‘senior’, nak Menongkat langit dalam politik negara dan Menyusahkan rakyat..

Ada 1M dulu letak jawatan secara sukarela sebagai TPM, tapi ada 1M dan 1m sekarang setelah digugurkan dari jawatan tinggi jadi orang sasau dan Membontoti 1M ‘senior’.

1M dulu selepas letak jawatan tidak menyusahkan UMNO tapi 1M dan 1m sekarang penuh dendam kesumat.

Malangnya dua 1M dulu dan sekarang berasal dari negeri yang sama.

Tak silaplah huruf M tu adalah untuk perkataan - Memberi Masalah, Meroyan, Melalut, Memfitnah, Menghasut, Memutar-Belit, Mereka cipta, dan lain-lain.

Seharusnya 2M sekarang melakukan Muhasabah diri kerana Masa tidak lagi Menyebelahi mereka.

Apabila tiba giliran huruf N, maka huruf M sepatutnya mengundurkan diri kerana gilirannya sudah tamat. Malangnya huruf M memang degil sehingga pemimpin negara luar beri gelaran ‘a recalcitrant’.

Marilah Kita guna huruf M untuk kebaikan dengan Memohon perlindungan dan kemaafan daripada Allah SWT kerana Dia Maha Mengetahui dan berkuasa Melakukan segala-galanya.



Oleh Ir Hj Yusuf Sani

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top