.... CCTV: Murid Tahun 1 Dilarikan Pasangan Tidak Dikenali Di Kuching | AAKJ



RAKAMAN litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun dilarikan oleh seorang lelaki dan perempuan dalam kejadian di Jalan Astana, Petra Jaya, Kuching menjadi viral di media sosial. 

Baca: 

Dalam kejadian pada jam 1 tengah hari semalam, kanak-kanak terbabit, Haiqal Haqimi Suhini dilarikan ketika bermain di perlarangan rumah neneknya, seperti yang dilaporkan portal berita akhbar arus perdana.

Menerusi rakam video yang diambil di sebuah premis berhampiran, menunjukkan Haiqal dihampiri oleh seorang wanita bertudung yang membawanya ke bahu jalan sebelum ditahan sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang lelaki yang kemudian membawanya pergi entah ke mana.

Kehilangan Haiqal itu disedari oleh keluarganya tidak lama kemudian. Bapanya, Suhini Abdullah, 36, membuat laporan polis pada jam 9.45 malam tadi selepas menerima salinan rakaman CCTV tersebut. 





Haiqal Haqimi Suhini, 7 tahun.

Difahamkan, polis kini sedang giat mengesan dua suspek berkenaan dengan menyebarkan gambar kanak-kanak tersebut di setiap balai polis di seluruh negara.

Sementara itu, ahli keluarga dan saudara mangsa giat memohon bantuan orang ramai mengesan kanak-kanak terbabit.

“Andai kata orang yang membawa Haiqal itu berniat mahu menolong, sila hubungi saya dengan segera. Kami sekeluarga sedang menunggu Haiqal.

“Video ini mungkin tidak berapa jelas. Sesiapa yang ada maklumat, sila hubungi kami segera,” kata Bella Luna Shaimi, ibu saudara mangsa yang memuat naik video rakaman di laman sosial.

Ketika dilarikan, mangsa berpakaian kemeja-T biru muda berkolar hitam dengan tulisan Manchester City dan berseluar sukan sekolah biru tua.

Kepada anda yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian ini, boleh memaklumkan di balai polis berhampiran atau menghubungi talian 082-244444.



Video di SINI

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top