Menu

Di mana Silapnya?

1. Analisa pra matang dan ulasan pengkritik dari ‘pakar facebook’ atau ‘pakar alam maya’

Dibuat tidak bersandarkan kepada fakta yang sebenar. Ia lebih bertujuan untuk mengelirukan rakyat serta menimbulkan fitnah serta persepsi buruk kepada kerajaan. Sedangkan permintaan yang tinggi datang dari sektor swasta yang memerlukan tenaga kerja segera untuk hanya 5 sektor formal yang dibenarkan untuk menggajikan pekerja asing yang berdaftar dengan kerajaan masing-masing dan dalam isu ini jumlah 1.5 juta adalah mereka yang berdaftar dengan Kerajaan Bangladesh.

Malah ‘pakar-pakar alam maya’ ini cuba menimbulkan persepsi kononnya rakyat ‘sedang’ merasakan kedudukan dan peluang pekerjaan untuk mereka akan dirampas.

Lima sektor yang berkenaan ialah Pembinaan, Perladangan, Perkhidmatan, Pertanian dan Perkilangan.

Realitinya yang cuba disembunyikan samada dengan sengaja atau sebaliknya
Bukan soal kerajaan cuba untuk meminggirkan atau mengenepikan ribuan siswazah dan tenaga mahir vokasional yang ada dalam negara. Hal ini perlu difahamkan sepenuhnya agar fitnah yang timbul sehingga menjejaskan kepercayaan rakyat dibuat tanpa memahami fakta di sebalik setiap tindakan yang diputuskan kerajaan.

Bukanlah menjadi dasar kepada Kerajaan Barisan Nasional untuk ‘mengimport’ tenaga kerja asing masuk ke Malaysia tetapi seperti yang ditegaskan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, ia berlaku kerana sikap rakyat Malaysia sendiri yang tidak berminat bekerja dalam sektor ‘3D’ yang merujuk kepada ‘dangerous’, ‘difficult’ dan ‘dirty’.

‘Pakar-pakar alam maya’ lupa bahawa industri dan perniagaan harus terus berjalan dan sebagai alternatif untuk menangani permasalahan yang dihadapi oleh majikan dan ditambah pula dengan permintaan yang mendesak oleh mereka maka kerajaan terpaksa membawa pekerja dari negara asing terutama Bangladesh bagi mengisi permintaan yang tinggi ini.


Baca selanjutnya di SINI


 
Top