Menu

Jadi ia akhirnya berlaku. Akhirnya kapak telah jatuh pada leher Muhyiddin Yassin. Sebenarnya ini adalah kali kedua kapak jatuh. Kali pertama ia jatuh pada bulan Julai tahun lepas tetapi ia tidak sama sekali memutuskan leher Muhyiddin. Masih ada peluang, walaupun kecil ia mungkin luka yang boleh sembuh dan kepalanya masih kekal di atas bahu beliau.

Baca: 

Kali ini, “kepala” Muhyiddin telah dipancung terus. Tiada mungkin boleh dijahit semula. Sudah selesai. Fertig! Samaapt! Wan! Tapos! Tamar! Mukamala! Fartik! Apa jua bahasa yang anda memilih untuk digunakan bagi menggambarkan keadaan Muhyiddin sekarang.

Apa? Maksud anda Tun Dr Mahathir Mohamad, Muhyiddin dan mereka yang di dalam ANC(Kempen Anti-Najib) tidak tahu ini akan berlaku? Maksud anda mereka tidak mahu ianya berlaku? Mereka berdoa agar ia akan berlaku dan oleh sebab itu mereka mendesak dengan menguji sejauh mana mereka boleh pergi.

Dr Mahathir dan Muhyiddin telah meninggalkan Umno beberapa bulan yang lalu. Namun begitu mereka yang dalam ANC tidak tahu perkara ini. Mereka fikir serangan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah semata-mata untuk menggulingkan beliau supaya Umno boleh mempunyai seorang Presiden baru dan pada masa yang sama Malaysia boleh melihat seorang Perdana Menteri yang baru juga.

Mungkin ini adslah niat asal Dr Mahathir pada bulan Disember 2014 apabila ANC ditubuhkan dengan bajet sebanyak RM2 bilion untuk membiayai konspirasi tersebut. Namun begitu mereka menyedari bahawa ANC tidak benar-benar cemerlang malahan telah merosot. Setiap langkah yang mereka buat, Najib membalas langkah mereka dengan satu langkah yang lebih cemerlang.

Pada Januari 2015 beliau melantik Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif baru untuk 1MDB. Pada bulan Jun 2015 1MBD melengkapkan dan membentangkan rancangan rasionalisasi dan pengurangan hutang kepada Kabinet untuk kelulusan. Apabila pengkhianat ANC dalam pelbagai agensi kerajaan cuba untuk menggagalkan rancangan, Najib menyingkirkan pengkhianat ini bulan berikutnya iaitu Julai 2015. Dan ini termasuk AG, TPM, Menteri Kabinet, dan lain-lain

Namun begitu, mereka masih tidak berputus asa. Mereka masih cuba untuk mengsabotaj kerja-kerja rasionalisasi dan pelan pengurangan hutang 1MDB agar gagal. Pada bulan Oktober 2015, mereka cuba untuk mendapatkan ahli-ahli Parlimen untuk meluluskan undi tidak percaya terhadap Najib tetapi gagal. Kemudian, pada bulan Disember 2015, mereka cuba untuk mendapatkan Umno meluluskan undi tidak percaya terhadap Najib ketika Perhimpunan Agung Umno. Dan itu juga, merupakan satu kegagalan.

Dari Disember 2014 hingga Disember 2015, mereka mencuba segala-galanya, termasuk memalsukan kertas pertuduhan terhadap Najib, yang mereka harap boleh digunakan untuk memeras ugut Najib agar meletakkan jawatan. Sebaliknya, Najib memancung kepala kesemua mereka yang memegang pisau di lehernya dan akhirnya Najib mencapai kemenangan yang pelajar sains politik akan membincangkan untuk tahun-tahun yang akan datang.

Apabila Umno memutuskan bahawa Muhyiddin dan Shafie Apdal tidak akan berucap pada perhimpunan Agung UMNO pada pertengahan Disember, ANC tahu bahawa permainan ini tamat. Najib tidak akan meninggalkan dan sebaliknya mereka akan meletakkan jawatan. Sekiranya mereka tidak meninggalkan secara sukarela, maka mereka akan disingkirkan dan ini adalah apa yang berlaku.

Apa yang membuatkan Dr Mahathir dan Muhyiddin terkesima adalah, ini bukan keputusan Najib tetapi keputusan Umno. Jadi pada Disember 2015 mereka memutuskan bahawa pelan permainan baru tidak lagi mengenai menewaskan Najib tetapi tentang bagaimana menewaskan Umno. Tidak ada cara Najib boleh dibunuh kecuali Umno dibunuh. Jadi mereka membincangkan semula pelan strategi mereka dan bersetuju bahawa mereka kini akan memberi tumpuan kepada menjatuhkan Umno.

Oleh itu idea untuk sebuah parti baru diilhamkan. Ia akan menjadi seperti apabila mereka tidak dapat menggulingkan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, mereka membentuk sebuah parti baru yang dikenali sebagai Amanah dengan harapan Amanah boleh membunuh PAS dan dalam proses yang sama Hadi akan digulingkan. ANC mesti telah melantik Mat Sabu sebagai penasihat strategik mereka maka dengan sebab itu mereka membuat perancangan ini.

Jadi perjuangan berubah daripada cuba untuk membunuh Najib kepada cuba untuk membunuh Umno. Perkara tersebut diputuskan apabila Umno mendesak penyingkiran Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah. Apabila Mukhriz disingkirkan Dr Mahathir tahu bahawa perjuangan telah mencapai peringkat akhir “take no prisoners and winner wins all while loser loses all”.

Justeru itu Dr Mahathir tidak peduli lagi. Dia tahu apa yang dia lakukan atau tidak bukan lagi memberi kesan. Mukhriz sudah “habis” seperti Muhyiddin, Shafie, Khairuddin Abu Hassan, dan semua orang-orang lain dalam ANC. Oleh itu beliau mungkin perlu cuba untuk mengambil kesempatan daripada isu itu dan melihat jika dia boleh mendapat simpati daripada ‘kematian’ anaknya.

Tidak ada lagi simpati. Umno telah jelak dan mereka yang mahu Mukhriz disingkirkan. Umno juga yang mahu “kapak” melakukan tugas yang gagal dilakukan pada Julai 2015. Ini bukan lagi tentang membantu Najib untuk terus berkuasa. Ia telah berakhir bulan lalu. Ini berkenaan menghentikan Dr Mahathir, Muhyiddin dan pengkhianat ANC daripada membunuh Umno.

Jadi ANC tidak lagi berlawan dengan Najib. Mereka melawan Umno memandangkan Umno yang memecat Mukhriz. UMNO yang memutuskan untuk “menidurkan” Muhyiddin selama-lamanya. Mesej Umno amat jelas tetapi entah bagaimana Dr Mahathir dan penyokong beliau yang lain tidak memahaminya. Mesej tersebut adalah: Dr Mahathir dan semua entiti termasuk juga penyokong, talibarut, proksi dan “kuda” beliau tidak lagi relevan.

Malaysia Today


 
Top