Menu

Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini memberi jaminan kepada para pendepositnya bahawa simpanan mereka di TH adalah selamat, kata Pengarah Urusan Kumpulan TH Tan Sri Ismee Ismail.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, TH turut memberi jaminan bahawa tidak terdapat sebarang kelewatan dalam mengumumkan bonus kepada para pendeposit, iaitu kebiasaannya pada suku pertama setiap tahun (Jan-Mac).

“Sebelum pengumuman dibuat, TH perlu mengambil kira keadaan ekonomi semasa, memastikan semua proses auditan dilalui dan kelulusan dalaman diperoleh sebagai sebahagian daripada proses urus tadbir yang baik,” katanya.

TH telah menjadi sasaran pelbagai spekulasi dalam laman sosial dan blog sejak beberapa hari ini mengenai tarikh pembayaran Bonus Pendeposit TH 2015 dan surat Bank Negara Malaysia (BNM). Baca seterusnya di SINI.


 
Top