Menu

Kumpulan Kerja Penahanan Arbitrari bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berkata penahanan bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di penjara adalah tidak perlu dan mendesak beliau dibebaskan serta-merta.

Kumpulan itu menyifatkan perlucutan hak yang dihadapi Anwar dianggap arbitrari (sewenang-wenangnya) dengan mengambil kira kepada semua hal dalam kes itu.

"Pemenjaraan Anwar Ibrahim adalah arbitrari, mengambil kira semua hal dalam kes tersebut, kumpulan kerja ini berpendapat bahawa langkah kerajaan untuk membetulkan keadaan adalah untuk membebaskan Saudara Anwar Ibrahim dengan serta-merta, dan memastikan hak-hak politik beliau yang dirampas oleh kerana pemenjaraan beliau ini dikembalikan," kata kumpulan itu.

Pandangan kumpulan itu dibacakankan oleh MP Padang Serai N Surendran dalam sidang media di lobi parlimen hari ini.

Kumpulan kerja itu adalah badan bawah Majlis Hak Asasi Manusia PBB, yang mana Malaysia sebelum ini menganggotainya pada 2006 hingga 2009 dan 2010 hingga 2013.

Surendran berkata Malaysia perlu mematuhi arahan tersebut dan Putrajaya berdepan risiko reputasi terjejas di peringat antarabangsa jika arahan tersebut diabaikan.

Sementara itu dalam kenyataan yang diedarkan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai), beliau bersyukur dengan gesaan PBB supaya kerajaan membebaskan bapanya.

"Pendirian tegas sebegini bersolidariti bersama-sama Datuk Seri Anwar Ibrahim menghantar satu mesej yang jelas kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan memastikan kemerosotan hak asasi manusia yang berlaku di bawah kepimpinan beliau tidak diabaikan oleh dunia," kata Izzah.

Mungkin pembangkang melihat undang-undang Malaysia bukannya perlu dilihat dari perspektif kedaulatan sesebuah negara?

Surendran dilihat cuba menggunakan terma kononnya nama baik negara ini bakal tercemar sekiranya tidak mengikut Majlis Hak Asasi PBB sedangkan majlis ini tidak lebih sama dengan biro biro yang ada di dalam mana-mana pertubuhan. Kalau ianya wajib, Malaysia mesti ada di dalam majlis ini, kenapa terhenti setakat 2013 sahaja?

Majlis ini hanya 'kumpulan kerja' dan tidak ada kuasa mutlak atau lebih tinggi kedududkan dari badan induk PBB itu sendiri.


Bila isu TPPA, penyokong pakatan haram akan guna alasan kononnya kerajaan Malaysia berniat untuk jual maruah kedaulatan negara. Bagaimana dengan isu ini? Nak tunduk hanya dengan pandangan sebuah cabang di dalam cabang PBB?

Anwar dipenjara lima tahun kerana kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.


 
Top