Menu

Kegagalan 1Bestari.net bukan lagi rahsia. 

Menurut beberapa sumber dalaman, menantu Muhyiddin turut terlibat dalam menyumbangkan kepada kegagalan projek ini. Sebelum ini beberapa NGO telah mendesak agar ditubuhkan suruhanjaya bebas bagi menyiasat kegagalan projek runding terus 1BestariNet yang bernilai RM663 juta yang diluluskan oleh Muhyiddin selaku Menteri Pendidikan waktu itu.

1BestariNet merupakan projek seluruh negara yang diterajui oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan YTL yang mana setiap ibu bapa, pelajar dan guru dibekalkan dengan kata laluan (ID) yang memberikan mereka akses kepada pelbagai alatan yang dapat menjadikan proses pembelajaran menjadi lebih menarik dan menyeronokkan.

Pada Mac lalu, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati fasa pertama bagi projek 1BestariNet gagal dilaksanakan sejak projek tersebut dimulakan pada 2011.

PAC juga berpendapat, pelaksanaan projek yang bernilai RM4.077 bilion ini lemah dan ia tidak seharusnya diteruskan lagi ke fasa seterusnya.

Syarikat YTL Communications juga disaman sebanyak RM 2.4 Juta apabila mereka didakwa gagal memenuhi sasaran di bawah kontrak 1BestraiNet.

Tindakan itu dibuat selepas pihak Kementerian Pendidikan Malaysia mendapati YTL gagal memenuhi kontrak memasang rangkaian internet jalur lebar 1BestariNet kepada 1003 buah sekolah..

Untuk makluman, ada tujuh kesangsian tentang projek Bestari.net ini yang sudah telah dibangkitkan menerusi media sosial.


Pemasangan menara 1BestariNet Receiver Integrated System (1BRIS) yang berfungsi menerima dan menghantar isyarat tanpa wayar berkelajuan tinggi, di sekolah yang tidak mempunyai struktur LAN (Rangkaian Kawasan Tempatan) yang sesuai untuk isyarat tersebut.


YTL sepatutnya perlu membayar RM1,200 sebulan bagi setiap tapak 1BRIS berdasarkan saranan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) kepada KPM. Tetapi YTL terus berdegil untuk tidak membayarnya kerana katanya kontrak dengan KPM membenarkan YTL memasang secara percuma.
 

Namun KPM pula tunduk dengan tuntutan YTL, apabila hanya meminta YTL bayar RM1,000 setahun bagi sewa setiap 1BRIS
Dijangka YTl bakal untung RM50 setahun berdasarkan perjanjian 1BestariNet KPM ini selama tempoih 15 tahun lamanya bersamaan RM750 juta keuntungan YTL kelak


Pemasangan menara 1BRIS meningkatkan kos elektrik sekolah daripada RM150 hingga RM180 sebulan. Betul guru-guru? Siapa yang bayar?
Yang menariknya, YTL tidak perlu membayar caj elektrik melalui tapak 1BRIS dan juga caj utiliti berkaitan 1BestariNet, sebaliknya kerajaan Malaysia yang perlu menanggungnya antara RM5.77 juta hingga RM6.92 juta setahun sehingga tamat tempoh kontrak


YTL juga untung melalui penggunaan komersil menara 1BRIS di kawasan sekolah yang mana melalui perkhidmatan komersial jalur lebar YES 4G boleh digunakan penduduk sekitarnya, sekaligus memungkinkan YTL meraih keuntungan tambahan. “Indah bukan” bunyi isi kontrak YTL dengan kerajaan Malaysia?

Selepas tidak “menepati janji” selaras dengan kontrak yang telah bersetuju, YTL Communications Sdn Bhd hanya dikenakan denda sebanyak RM2.4 juta oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)?

a. YTL gagal memasang 1003 buah sekolah dengan rangkaian internet jalur lebar pada tempoh yang telah ditetapkan daripada 9889 buah sekolah yang tersenarai

b. Dijangka sekolah akan menerima kelajuan internet 4-20Mpbs tetapi kelajuan yang berjaya dicapai hanya sekadar 0.2-3Mbps

c. Sistem Virtual Learning Experience (VLE) masih lagi gagal apabila kadar penggunaannya hanya serendah 4% sahaja



Adakah ini merupakan antara sebab Muhyiddin dilihat bertindak tidak tentu hujung pangkal dalam isu 1MDB dan perkara-perkara yang berkaitan dengan pentadbiran negara? Apabila diteliti isu 1Bestari.net ini, maka kita akan dapat memahami dengan lebih baik segala tindakan seperti gunting dalam lipatan yang dipamerkan oleh Muhyiddin dalam isu pentadbiran negara.

Desas desus bahawa penglibatan menantu Muhyiddin dalam projek 1Bestari.net juga makin kuat kedengaran manakala YTL pula langsung tidak berani diganggu oleh Muhyiddin memandangkan YTL adalah syarikat kroni Tun Dr Mahathir. Beranikah Muhyiddin menafikan menantunya terlibat dalam projek Bestari.net? 


Kita tunggu komen beliau nanti.
 


– PRU14.tv


 
Top